Wednesday, June 08, 2016
Siapa Perkuda Siapa : Guan Eng Jawab Dakwaan PAN Hanya 'Kuda'
"DAP menyokong Parti Amanah Negara (PAN) pada pilihanraya kecil (PRK)
Parlimen Kuala Kangsar, Perak dan Parlimen Sungai Besar, Selangor kerana
ia rakan sekutu dalam Pakatan Harapan," kata Setiausaha Agung DAP Lim
Guan Eng.
"Kita sokong parti PAN sebagai rakan seperjuangan dalam Pakatan Harapan. Apa salahnya kalau kita (DAP) sokong calon parti PAN.
"Satu tuduhan melulu kalau nak sebut kita ada agenda tertentu," katanya pada sidang akhbar pada Isnin.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mengulas kenyataan
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa DAP menyokong
calon PAN dalam PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Parlimen Sungai Besar
kerana parti itu mempunyai agenda seperti menghalang perjuangan Islam
yang dibawa PAS.
Menurut Abdul Hadi, tindakan PAN bertanding dalam kedua-dua pilihan raya
kecil itu hanya memecahkan undi yang sepatutnya diterima calon
pembangkang.
Guan Eng berkata DAP dan PAN mempunyai matlamat dan agenda yang sama iaitu menentang Barisan Nasional (BN).
PRK Parlimen Kuala Kangsar menyaksikan pertembungan empat penjuru antara
calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid; Ketua Dewan Muslimat Pas Perak, Dr
Najihatussalehah Ahmad; Naib Ketua Amanah kawasan Kuala Kangsar, Prof Dr
Ahmad Termizi Ramli dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.
PRK Parlimen Sungai Besar pula menyaksikan pertandingan tiga penjuru
antara calon BN iaitu Adun Sungai Panjang Budiman Mohd Zohdi, calon Pas
diwakili Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman dan Pengerusi Amanah Sungai
Besar, Azhar Abdul Shukur.
Kedua-dua PRK diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Wan
Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas
helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Parlimen Sungai Besar diadakan serentak pada 18 Jun.
Sebelum ini, Penasihat DAP Lim Kit Siang meminta supaya PAS menghentikan
tohmahan bahawa parti yang didominasi kaum Cina itu sering
memperkudakan rakan komponen Pakatan Harapan (PH) seperti mana yang
pernah berlaku kepada PAS sebelum ini.
Menurut Kit Siang DAP tidak pernah memperkuda mana-mana pihak termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Ia sangat tidak berasas dan Hadi juga tidak pernah diperkuda oleh saya.
Pemimpin PAN dan calon PAN juga tidak pernah diperkuda DAP.
“Saya menyeru pucuk pimpinan PAS hentikan propaganda yang tidak berasas
ini kepada pengundi di Sungai Besar," katanya pada sidang media di Pusat
Khidmat Masyarakat ADUN Sekinchan Ng Sue Lim, Isnin.
Malah DAP mendakwa PAS merupakan pihak yang melakukan provokasi dan sering menuduh DAP memperkuda parti Islam itu.
“Sangat kesal kerana ada pihak tertentu yang terus mahu menggunakan politik kotor.
“Menggunakan taktik yang bukan saja mendakwa Pakatan Harapan diperkuda
oleh DAP, tetapi juga menyatakan Mahathir adalah barua DAP," katanya.
Katanya, tuduhan yang dibuat pemimpin PAS termasuk presidennya sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sangat tidak berasas.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment