Wednesday, June 15, 2016

Muka Yang Tak Tahu Malu...... Mat Sabu Mahu Rani Tarik Diri, Masuk AMANAH

SUNGAI BESAR : Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu senada dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mengesyorkan supaya calon Pas, Dr Abdul Rani Osman menarik diri dan memberi laluan kepada pertandingan satu lawan satu antara Amanah menentang BN.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, beliau sendiri bersedia untuk menerima Abdul Rani menyertai Amanah kerana yakin calon Pas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Sungai Besar itu tidak mendapat sokongan pengundi.

“Kalau dia (Abdul Rani) bertanding, memang tak boleh menang. Pas tak boleh menang bersendirian.

“Saya terbuka untuk terima beliau untuk sertai Pakatan Harapan..tak kisahlah dia nak masuk Amanah ke, PKR ke, atau DAP pun boleh,” katanya ketika diminta mengulas pelawaan Kit Siang kepada Abdul Rani menyertai Pakatan Harapan.

Ditanya, adakah Amanah sanggup menarik diri dan memberi laluan kepada Pas memandangkan kerusi itu secara tradisinya ditandingi parti itu, Mat Sabu menegaskan Amanah tidak mahu ‘toleh ke belakang’, sebaliknya mereka sedang berjuang untuk mencapai kemenangan.

“Kami nak menang. Amanah mesti menang. Orang Umno pun nak undi Amanah.

“Tak ada sebab kenapa Amanah perlu tarik diri. Sepatutnya Pas yang kena tarik diri, sebab mereka kurang sokongan,” katanya.

Malah, Mat Sabu berkata, hasil tinjauan yang dijalankan badan-badan bebas terhadap pengundi di PRK Parlimen itu membuktikan bahawa Amanah sedang mendahului BN, manakala Pas pula jauh ketinggalan.

Semalam, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad mendakwa hasil beberapa tinjauan terhadap pengundi menyaksikan mereka memilih sama ada BN atau Parti Amanah Negara (Amanah) bagi kerusi Parlimen Sungai Besar, 18 Jun ini.

Beliau berkata, persaingan sengit sedang berlaku antara BN dan Amanah, manakala Pas jauh di belakang. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

2 comments: