Wednesday, June 08, 2016
Tulisan Orang Kecewa Bila Deklarasi Tidak Dilayan…
Bila orang UMNO tidak melayan kehendak dan kemahuannya mahu Dato’ Seri
Najib Tun Razak dijatuhkan dari kerusi Presiden UMNO, lalu dituduhnya
ahli dan penyokong UMNO itu sebagai ‘pemakan dedak’.
Bila orang UMNO mempertahankan Presiden dari terus menjadi mangsa
serangan fitnah dan tohmahan yang bersumberkan dari dokumen yang
diubahsuai, dia meroyan-royan mendakwa ahli dan penyokong UMNO menyokong
secara membuta tuli.
Sehingga kini, UMNO sedang sibuk berjuang di dua PRK yang sedang
berlangsung di Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Jadi, kuranglah
sedikit ‘layanan’ diberikan, lalu dia terus meroyan-royan mahu diberi
perhatian.
Padahal, apa yang sedang dilakukan oleh orang UMNO sekarang adalah sama
seperti yang dibuat ketika dia berkuasa dulu. Dia juga yang mengajar
supaya kami taat pada Presiden UMNO. Sampai buat lagu dan putarkan
tiap-tiap hari di kaca televisyen, sudah lupa?
Kami juga tidak menyokong membuta tuli. Buktinya, ramai di kalangan kami
dulu yang menyanggah Tun Abdullah Ahmad Badawi dulu secara terbuka
sehingga memaksa beliau turun dari jawatan Presiden.
Selepas Pak Lah ‘turun’ itu, dia juga yang menasihati kami supaya tidak
menyanggah Presiden secara terbuka dan gunakan saluran yang betul. Kami
ikut nasihat itu. Malangnya, dia sendiri yang menjilat ludahnya sendiri.
Dia mengatakan ada di kalangan kami yang ‘makan dedak’ dan kerana itu
kami kunci mulut kami terhadap Presiden. Berapa? Seorang RM1 juta? RM2
juta? Mampukah Presiden UMNO beri ‘dedak’ kepada jutaan penyokongnya
sebanyak itu?
Pada pandangan penulis, itu merupakan satu tuduhan yang sangat dangkal
berdasarkan persepsi orang kecewa bila orang tidak terpengaruh lagi
dengan permainan politiknya. Dia fikir kami ‘pemakan dedak’ seperti yang
berleluasa berlaku ketika dia berkuasa dulu?
Tekanan? Siapa yang melanggar undang-undang atau prinsip jemaah dalam
UMNO, maka sudah tentulah dia perlu disekat dari terus menjejaskan
parti. Berani buat, beranilah tanggung akibat. Jika anaknya dipecat atau
digantung, terima sajalah nanti. Tapi dia belum diambil tindakan pun,
bukan?
Kecewa kerana deklarasi tidak mendapat sokongan dan heboh diperkatakan
tentang ‘orang dalam’ kem sendiri yang membuat ‘transaksi urus niaga’
palsu yang memalukan? Itu kami tak mahu campur kerana ia bukan urusan
kami.
Sebenarnya, kami pun nak tengok juga berapa kuat sangat deklarasi itu.
Tapi nampaknya memang makin malap, tidak diyakini, tidak berkesan dan
hambar. Jangan marah pada kami. Memang ia merupakan satu perbuatan
sia-sia dan diakui pakar-pakar perlembagaan, bukan?
Bersempena Ramadhan ini, banyakkanlah ibadah. Solat terawikh, baca
Al-Quran dan kerapkanlah kejut isteri dan Marina bangun qiamullail.
Jangan biarkan dia ‘hanyut’ dengan Sister In Islam dan Amina Wadud. Malu
nanti…
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment