Wednesday, June 15, 2016
Kenapa Nak Perlu Keliru... Habis Nak Buat Fitnah !!!! Salahuddin Keliru Ada Parti Tak Serang UMNO
KUALA KANGSAR : Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Salahuddin Ayub,
keliru kerana ada parti yang mahu berbaik dengan UMNO walaupun sebelum
ini kepimpinannya menentang dasar parti terbabit.
"Tiba-tiba ada parti
nak berbaik dengan Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak), tak
nak serang UMNO lagi. "Yang peliknya, mereka minta undi dengan rakyat
dan bila menang, duduk main congkak dengan UMNO di Parlimen," katanya
dalam ceramah berkelompok parti pembangkang itu di Pekan Manong, dekat
sini, malam tadi.
Kenyataan Salahuddin dipercayai merujuk kepada PAS
susulan kenyataan Ketua Dewan Pemuda, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, yang
antara lain dilapor menyebut, parti itu berazam untuk bersatu dengan
UMNO.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment