Wednesday, June 08, 2016

Jangan Bagi Muka Pada Si TOKONG Ni.....Peguam Negara Arah SPRM Lengkapkan Siasatan Kes Banglo Guan Eng

PETALING JAYA : Jabatan Peguam Negara telah mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung isu banglo Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata selepas meneliti kertas siasatan yang dikemukakan oleh SPRM pada 26 Mei lalu, pihaknya mengambil keputusan bahawa terdapat beberapa perkara yang perlu disiasat sebelum ia diselesaikan.

"Jabatan Peguam Negara telah mengembalikan kertas siasatan supaya SPRM boleh menjalankan siasatan lanjut.

"Kami juga telah mengarahkan bahawa kertas siasatan dipulangkan kembali dalam masa secepat mungkin," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment