Monday, June 06, 2016
Tidak Jadi Calon : PAN Takut Mat Sabu Tenggelam Di Sungai Dan Kuala
KUALA LUMPUR : Akhirnya Mat Sabu tenggelam di sungai dan kuala
apabila nama Presiden Parti Amanah Negara (PAN) itu tidak tersenarai
sebagai calon pilihan raya baik di Sungai Besar mahupun Kuala Kangsar
walaupun sebelum ini dikatakan PAN akan meletakkan presiden mereka
bertanding di salah satu kawasan.
Nampaknya seperti ayam sabung patah taji apabila PAN tidak berani
mempertaruhkan presiden mereka yang masih tidak ada kawasan pilihan raya
meskipun PAN melaung keyakinan boleh menang di kedua-dua kawasan baik
menumpaskan Barisan Nasional (BN) mahu pun Pas.
Mengulas
perkara tersebut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Shahrum
Datuk Mohd Sharif berkata ternyata Mat Sabu hanya berani menunjukkan
kegagahan di pentas ceramah tetapi tidak berani untuk bertarung di
gelanggang pilihan raya.
Jelas beliau jika sebelum ini kedengaran PAN akan meletakkan presiden
mereka di salah satu kawasan memandangkan Mat Sabu adalah satu-satunya
presiden yang memimpin salah satu parti pembangkang yang tidak mempunyai
kawasan pilihan raya tetapi tindakan PAN mencalonkan pemimpin lain
memperlihatkan parti itu sendiri tidak yakin dengan kekuatan Mat Sabu.
“Jika sebelum ini PAN begitu lantang bersuara bahawa mereka mampu
untuk menang tapi kini mengapa parti itu meletakkan calon lain. Apakah
PAN cuba menuutup aib sekiranya presiden mereka bertanding dan akhirnya
kalah?
“Masih ada masa untuk PAN memikirkan semula calon mereka dan
membuktikan bahawa Mat Sabu sememangnya layak menjadi Presiden PAN,”
ujarnya kepada media.
Tambah Shahrum, PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah platform
terbaik untuk Mat Sabu membuktikan kehebatannya sebagai seorang pemimpin
apatah lagi bakal bertemu dengan calon bekas partinya iaitu calon Pas.
“Saya kira mungkin Mat Sabu tidak berani untuk bertanding kerana takut kalah dan dimalukan apabila hilang wang pertaruhan.
“Atau mungkin dia takutkan cabaran yang mahu dia meletakkan jawatan
sekiranya dia gagal jika bertanding di pilihan raka kecil itu nanti,”
katanya.
Untuk rekod, PRK Parlimen Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar,
Selangor akan diadakan serentak pada 18 Jun ini, manakala hari penamaan
calon pada 5 Jun.
Kedua-dua PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk
Wan Mohammad Khair-il Wan Ahmad dan Datuk Noriah Kasnon dalam nahas
helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.
Allahyarham Noriah dan Wan Mohammad merupakan antara enam mangsa
kemalangan helikopter jenis Eurocopter AS350 yang terhempas dekat
Sebuyau iaitu ketika dalam penerbangan dari Betong ke Kuching. Turut
terkorban dalam nahas itu ialah suami Noriah, Asmuni Abdullah, pengawal
peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun dan Ketua Setiausaha kementerian itu
Datuk Dr Sundaran Annamalai serta juruterbang helikopter, Kapten Rudolf
Rex Ragas.
ADUN Sungai Panjang, Budiman Mohd. Zohdi dipilih sebagai calon yang
akan mewakili Barisan Nasional (BN) PRK Parlimen Sungai Besar manakala
balu Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, Datin Mastura Mohd
Yazid diumum sebagai calon BN bagi PRK Parlimen Kuala Kangsar.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment