Monday, June 06, 2016

Malu Besar Di Kuala Kangsar Jika Calon PEN Kalahkan PAN!

EDITOR MENULIS...
7 JUN 2016

Alhamdulillah, tempohari menyaksikan proses penamaan calon di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar berlangsung dengan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. Jika ada pun, hanya sekadar provokasi ringan di antara PAS dan PAN saja, BN terpisah jauh nun di sana.

Namun sekiranya sesiapa hadir di penamaan calon di Kuala Kangsar hari ini, saya positif mengatakan bahawa PAN sememangnya tidak mampu menandingi gelombang penyokong PAS yang dianggar berjumlah 10 kali ganda berbanding penyokong PAN.

Sekali sekala akan kedengaran mereka berbalas provokasi lisan, namun tiada yang serius. Namun memang suara penyokong PAS lebih mendominasi PAN ekoran mereka lebih ramai jumlah bilangannya.
Calon PEN 
Apa yang menarik, jika dulu para penyokong PAS sangat membenci UMNO dan BN, tapi kini berbeza pula sikap mereka. Kini, mereka tidak kisah sama ada BN atau PAS menang di PRK Kuala Kangsar, asalkan yang menang di parlimen itu bukan PAN!

Melihat perkembangan terkini di Kuala Kangsar, para penyokong PAS dan BN bagaikan ‘sahabat’. PRK Kuala Kangsar pula ibarat ‘perlawanan persahabatan’ di antara dua parti Melayu terbesar itu, tidak lagi seperti dulu yang bagaikan ‘air dengan minyak’.

Saya berpandangan bahawa keadaan ini merupakan satu perkembangan yang baik bagi umat Melayu beragama Islam. Mungkin benar kata Timbalan Perdana Menteri yang mengatakan kini kita di era politik yang lebih matang.

Sebaliknya, penulis agak khuatir melihat PAN yang semakin ketara ‘menjual diri’ kepada DAP untuk mengejar kuasa politik. Lagaknya hidup mati mereka bagaikan hanya untuk politik sahaja. 

Kepentingan agama, bangsa dan negara hanya remeh di pandangan mereka?

Melihat kapasiti dan kekuatan sekumpulan PAN yang dibayangi ribuan gerombolan PAS pagi tadi menimbulkan tandatanya pada saya. Apakah PAN yakin mereka mampu menang? Mampukah mereka tewaskan PAS?
buruk-muka-mat-sabu-hilang-deposit-9-kerusi (1)
Berpeluangkah PAN mengatasi undi BN? Sedangkan PAS pun amat sukar untuk menewaskan BN di Kuala Kangsar sebelum ini, apatah lagi PAN yang dijangka tidak mampu menewaskan PAS?

Jadi apa motif PAN bertanding di Kuala Kangsar? Untuk memperkenal diri kepada masyarakat? 

Saya yakin, rakyat Malaysia kenal dengan PAN. Baju oren mereka boleh dilihat jelas walau kita berada di jarak 1 batu. Siapa yang tak kenal Presiden PAN yang bernama Mat Sabu?

Pada pandangan saya, PAN hanya sekadar mahu ‘test power’. ‘Target market’ mereka adalah pengundi Cina yang menyokong DAP dan pengikut PAS yang berstatus ‘harum manis’. Berapa ramaikah mereka? Cukup untuk menewaskan PAS di Kuala Kangsar?

Cuma jika silap percaturan, tidak mustahil juga jika PAN bakal dimalukan calon Bebas, Izat Bukhari. Manalah tahu, menyedari hakikat tidak mampu tewaskan BN kali ini dan PAS mengarahkan sebilangan dari penyokongnya untuk mengundi calon Bebas itu.

Malulah PAN jika undi untuk Izat Bukhari lebih tinggi bilangannya dari mereka. Mana Mat Sabu hendak letak muka? Silap hari bulan, boleh ranap pengaruh PAN di Perak dimalukan PAS nanti. Dalam politik, macam-macam boleh berlaku bukan?

Disediakan oleh : 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL6gNw-FECpgBNYj5oxUzyMmBEYK_yeKaoZ4-9uM-1VsmA15QBR2_qDYB_fWpmzfrmVEuI41tdrmAlKrMtnrLLyvsnALut2F3R0GQ7jQvVRKwBMFQ8gzROAzgKEhHYMfVsvIn7OFFvUoY/s200/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment