Wednesday, June 08, 2016

Lebih 1,000 Anggota Wanita UMNO, BN Giat Berkempen Di Sungai Besar

SUNGAI BESAR : Lebih 1,000 anggota Wanita UMNO dan Barisan Nasional (BN) dari seluruh negara sedang giat berkempen bagi membantu calon BN Budiman Mohd Zohdi memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Azizah Mohd Dun berkata jentera parti itu telah pun memulakan kempen sejak dari awal menerusi kunjungan dari rumah ke rumah dan beberapa pendekatan lain.
SIBU,28 April -- Para petugas Barisan Nasional (BN) N55 Nangka beramah mesra dengan warga emas Aminah Yusuf,73, (tiga, kanan) ketika berkempen di Kampung Datu hari ini menjelang Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-11 yang akan diadakan pada 7 Mei ini. DUN N55 Nangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru di antara penyandang Dr Annuar Rapa'ee (BN) dengan Abdul Rafidin Majidi (PKR) dan Tiong Ing Tung (Star). --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA
“(Jentera) Wanita UMNO dan BN sedang bergerak untuk temui pengundi di seluruh Parlimen ini. Difahamkan perjalanan (kempen) mereka begitu lancar. Insya-Allah semua pengundi akan ditemui dan dikunjungi jentera Wanita. Kita percaya kita boleh kekalkan BN di Sungai Besar,” katanya selepas menyerahkan sumbangan bulanan kepada 30 penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Daerah Sabak Bernam, di sini hari ini.

PRK itu bakal menyaksikan Budiman yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang ditentang calon PAS yang juga ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman dan calon Parti Amanah Negara (Amanah), Azhar Abdul Shukur yang mewakili Pakatan Harapan.

PRK Parlimen Sungai Besar diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Terdahulu, ketika berucap pada majlis itu, Azizah yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata Kerajaan Persekutuan membelanjakan RM1.2 bilion setiap tahun untuk kebajikan rakyat.

“Bantuan terbesar dalam Selangor dan Sungai Besar adalah dari Kerajaan Persekutuan. Kita tidak menindas rakyat (walaupun berada di bawah pemerintahan pembangkang) sebab kita sayang dan prihatin terhadap nasib rakyat tidak kira di mana sahaja berada.

“Satu sahaja kita minta, undilah BN pada 18 Jun ini. Anda kena bantu kami untuk membolehkan kami bantu anda kembali,” katanya.

Azizah turut mengenang Allahyarham Noriah yang disifatkannya seorang wakil rakyat yang kuat bekerja dan sangat mementingkan kebajikan penduduk di Parlimen itu.

“Noriah selalu tidak dapat hadir program parti dan satu hari itu bila saya tanya beliau jawab ada masalah jalan raya di kawasan beliau (Sungai Besar) dan beliau kelam-kabut nak balik kawasan.

“Noriah betul-betul kerja kuat sebab perjalanan dari Putrajaya ke Sungai Besar jauh kira-kira dua jam. Beliau seorang pemimpin wanita dan wakil rakyat yang begitu gigih berjuang dan membela nasib rakyat di Sungai Besar,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata sekiranya Budiman dipilih sebagai pengganti Noriah, ADUN Sungai Panjang itu diyakini mampu mengikut jejak langkah Allahyarham yang sangat komited terhadap tugasnya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment