Wednesday, June 08, 2016

Nizar Angkuh... Enggan Bertaubat...

Biarpun dikecam berbagai pihak, bos Parti Amanah Nasional (PAN) Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin enggan menarik balik kenyataannya bahawa pilihanraya kecil (PRK) Kuala Kangsar adalah takdir Allah untuk pengundi 'mengajar' Barisan Nasional (BN), kerana merampas negeri itu daripada pemerintahan Pakatan Rakyat (PR), pada 2009.

Bekas Menteri Besar Perak itu sebaliknya berdalih bahawa itu merupakan tafsiran beliau mengapa PRK Kuala Kangsar diadakan dan bukannya kawasan Parlimen lain.

"Jadi, saya hanya berkata bahawa kedua-dua kes ini mungkin ada kaitan. Itu sahaja.

"Saya mungkin salah, tetapi secara kebetulan ia berlaku di bandar yang sama," kata Nizar dipetik portal Malaysiakini.

Oleh itu, Nizar enggan menarik balik kenyataannya itu atau memohon maaf, sambil menambah bahawa tidak timbul soal untuk bertaubat, katanya.

ADUN Changkat Jering itu dilaporkan berkata PRK Kuala Kangsar berlaku dengan izin Allah bagi 'mengajar' Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dan Naib Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas perbuatan merampas Perak lebih enam tahun lalu.

“Kenapa tidak pilih Melaka, Kedah, Negeri Sembilan, Johor, kenapa pilih Kuala Kangsar, Bandar Diraja?

“Bila saya fikir-fikir dengan mendalam, di sinilah buminya semasa saya diberikan amanah untuk menjadi menteri besar Perak, daripada Mac 2008 hingga Februari 2009.

“Di sinilah buminya yang mana kedua-dua makhluk ini datang merampas kerajaan Pakatan yang saya pimpin ketika itu. Siapa makhluk itu? Tak lain tak bukan (Datuk Seri) Najib (Razak) dan (Datuk Seri Ahmad) Zahid (Hamidi)," kata Nizar ketika berceramah di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar, pada Isnin malam.

Zahid ketika ditemui pemberita di Kuala Kangsar, pada Selasa meminta Nizar supaya bertaubat berharap pemimpin PAN itu akan bertaubat, dan taubatnya akan diterima oleh Allah.

Selain Zahid, turut mengecam Nizar kerana kenyataannya itu adalah Naib Presiden UMNO Datuk Hishamuddin Hussein dan MB Perak datuk Seri Zambry Kadir. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment