Monday, March 07, 2016
Doa Najib Depan Kaabah Dimakbul, Allah Tunjukkan Musuh-Musuh Sebenar Najib
Tanpa ramai orang sedar, Datuk Sri Najib Tun Razak sebenarnya tidak
pernah melepaskan peluang mengerjakan ibadah umrah setiap kali
mengunjungi negara Arab Saudi.
Datang ke Arab Saudi tu atas pelbagai tujuan, jemputan rasmi kerajaan,
bagi ucap tama, cari peluang pelaburan untuk negara dan sebagainya, tapi
setiap kali berkunjung ke sana, Perdana Menteri tidak pernah gagal
melakukan ibadah tersebut.
Menurut satu sumber yang rapat, dalam kunjungan terbaru beliau ke Arab
Saudi beberapa hari sudah, Perdana Menteri mengambil peluang berdoa di
depan Kaabah memohon kepada Allah swt diberikan petunjuk siapa
musuh-musuh politiknya yang sebenar.
Secara kasarnya Perdana Menteri tahu siapa orang-orang ini tapi ada
dikalangan mereka yang pandai berpura-pura dengan membuat penafian bila
ditanya wartawan.
Justeru sebagai muslim sejati, apa lagi yang boleh dilakukan melainkan
meminta petunjuk dari Nya, di tempat paling suci bagi orang Islam.
Dan ternyata, doa itu dimakbulkan Allah swt bila tak sampai sehari
selepas mendarat di Kuala Lumpur, semua musuh politik beliau, yang nyata
dan tidak, berkumpul dibawah satu bumbung untuk menandatangani apa yang
dikatakan sebagai deklarasi rakyat itu tapi sebenarnya hanya nama lain
kepada gerakan untuk menumbangkan beliau secara tidak demokratik.
Walau muka-muka yang hadir itu memang sudah dijangka, tapi
sekurang-kurangnya majlis itu turut mengesah apa yang selama ini dinafi
berulang kali. Contoh macam Muhyiddin Yassin, dua atau 3 kali dikaitkan
dengan konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri tapi dia nafi,
semalam, dia dah tak boleh nafi dah sebab dia tandatangan deklarasi itu.
Ini semua memang petunjuk dari Allah swt seperti yang dipohon Najib
sebab orang ini mengaku dengan sendiri tanpa dipaksa – bukan selalu
belaku tu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment