Wednesday, March 09, 2016
Jangan Heret Saya - Ku Li
KUALA LUMPUR : Tengku Razaleigh Hamzah tidak mahu diheret bersama ke
dalam isu berkaitan cadangan pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan
Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada Umno.
Ahli Parlimen Gua Musang itu memberitahu pemberita di Parlimen bahawa
isu tersebut tidak penting untuk dirinya dan tiada kena-mengena dengan
beliau.
Ketika ditanya jika beliau berpendapat kedua-dua pemimpin itu boleh
dipecat daripada Umno kerana menandatangani Deklarasi Rakyat untuk
menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,
beliau berkata, "Itu tidak penting. Janganlah heret saya ke dalam
perkara karut ini."
Beliau berkata ia terpulang kepada Majlis Tertinggi Umno untuk memutuskan tindakan kepada kedua-dua pemimpin itu.
Ahli MT Umno, Datuk Seri Nazri Aziz berkata Muhyiddin dan Mukhriz
sepatutnya dipecat daripada Umno kerana mereka telah bertindak melampaui
batasan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment