Monday, March 07, 2016
Mahathir Keluar UMNO Tak Ada Yang Hairan Di Sarawak !!!! Kemenangan Besar BN Hadiah Paling Berharga Buat Adenan
KUCHING : Hadiah paling berharga bagi Ketua Menteri Sarawak Tan Sri
Adenan Satem adalah kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada pilihan
raya negeri ke-11 (PRN ke-11), kata Menteri Muda Pembangunan Industri
(Pelaburan dan Promosi Sarawak) Datuk Julaihi Narawi.
Beliau memberitahu seminar persediaan PRN ke-11 bagi kawasan Dewan
Undangan Negeri (DUN) Sebuyau dan Beting Maro di sini Ahad, Adenan
memerlukan mandat yang besar untuk melaksanakan pelbagai program
transformasi, dengan tumpuan khusus kepada pembangunan luar bandar.
Adun Sebuyau itu berkata selain memperoleh kemenangan besar untuk kekal
memerintah Sarawak bagi tempoh lima tahun akan datang, Parti Pesaka
Bumiputera Bersatu juga perlu mencapai kemenangan besar untuk kekal
sebagai parti tulang belakang BN di negeri ini.
Sementara itu, Adun Beting Maro Razali Gapor yakin BN mampu meraih majoriti undi yang lebih besar pada PRN akan datang.
Katanya pemimpin dan anggota BN, khususnya dalam PBB di peringkat akar
umbi, kini lebih bersatu untuk berhadapan dengan cabaran pembangkang.
"Dalam tempoh lima tahun, kita telah bekerja keras untuk menyatukan
semula pemimpin serta ahli PBB dan sekarang saya boleh bangga menyatakan
bahawa kedudukan kita lebih kukuh," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment