Wednesday, March 09, 2016

Mempertahankan Institusi Perdana Menteri Bermakna Mempertahankan Perlembagaan

Perkara 43 Fasal 1 dan 2 Perlembagaan Persekutuan

(1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri untuk menasihatinya dalam penjalanan fungsinya.

(2) Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu:

(a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai PERDANA MENTERI untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu; dan

(b) atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik Menteri-Menteri lain daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen.

Kepada golongan yang berusaha menggulingkan YAB Perdana Menteri tanpa melalui proses demokrasi pilihanraya sebenarnya telah melakukan pengkhianatan dan penderhakaan terhadap DYMM SPB YDP Agong. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment