Monday, March 07, 2016

Penyokong Campak Buku Mahathir Dalam Bakul Sampah, Tanda Protes

Para penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum setia dibelakang beliau mengambil tindakan drastik dengan membuang buku-buku karangan bekas perdana menteri itu sebagai tanda protes.

Tinjauan media mendapati tindakan itu ekoran keputusan Dr Mahathir yang disifatkan sebagai ‘pengkhianat’ kerana sangup bekerjasama dengan pimpinan pakatan pembangkang.

“Maaf (buku ini) tidak lagi layak untuk berada di rak buku aku kerana isi kandungan dan kewujudannya hanya untuk tong sampah” bidas Rosli Mohd Shah.

“Off you go (selamat tinggal), barua DAP” tulis Afiq Hadi.

“Nampaknya selama ini Dr Mahathir hanya mempergunakan Umno untuk mencapai kepentingan peribadinya, dan apabila pemimpin Umno selepas beliau tidak lagi dapat dipergunakan untuk mempertahan kepentingan peribadinya, beliau menyerang pemimpin tersebut” kata Azman Hussin pula.

Mereka turut menyifatkan tindakan Dr Mahathir itu sebagai memualkan dan jijik kerana sanggup bersekongkol dengan Lim Kit Siang.

“Nampaknya, memang begitulah tujuannya. Sungguh menghampakan, memalukan, memualkan dan jijik!” tulis Azmin Ramlie.

“Walau alasan apa pun yang mereka beri tapi kerana bersekongkol dengan Lim Kit Siang dan lain-lain musuh dia dulu maka dia telah meletakan dirinya dilembah kehinaan yang memalukan Melayu,” kata Mazlan Bharom.

“Semasa sebagai PM dia minta kita semua bersatu sokong kepimpinan dia tapi bila sudah bertukar kepimpinn, lain pula niat dia, Macam inkah sikap negarawan?” soal Zaffar Syah pula.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment