Wednesday, March 09, 2016

Wan Azizah Mencelah... Deklarasi Mahathir Jadi Semakin Karut

Seperti yang diduga suasana cacamarba semakin terserlah ekoran majlis deklarasi anti-Najib yang dipelopori oleh Tun Dr Mahathir Mohamad Jumaat lalu. Suasana hari Jumaat lain dan suasana hari ini Isnin lain... dimana timbul pertentangan.

Semasa majlis tandatangan di Rumah Alumni Universiti Malaysia ia nampak bagai gabungan tenaga bersama bekas Perdana Menteri itu dengan puak pembangkang. Selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan di bangunan Parlimen Isnin, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sudah tempelak Dr Mahathir.

Beliau yang tidak hadir masa majlis tandatangan deklarasi itu kata dalam sidang akhbar selepas mesyuarat itu bahawa Dr Mahathir yang perlukan puak pembangkang dan bukan mereka perlukannya.

"Dr Mahathir tidak kuat dan beliau perlukan bantuan kita," katanya.

Beliau menegaskan demikian ketika ditanya apakah Pakatan tidak kuat dan memerlukan bantuan bekas Perdana Menteri. Juga macam terbalik kot, Wan Azizah kata pihak Pakatan yang akan anjur roadshow Selamatkan Malaysia.

Katanya jika Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin nak turut serta mereka dialu-alukan. Menurut Wan Azizah antara teras gerakan mereka ialah bebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara.

Sebaliknya masa majlis tandatangan deklarasi,Dr Mahathir gerakan itu hanya terhad untuk singkir Najib. Wan Azizah turut mendakwa deklarasi Dr Mahathir jelas satu pengakuan BN telah merosakan institusi-institusi kerajaan hingga suaminya, Anwar jadi mangsa. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment