Wednesday, March 16, 2016
Wartawan Australia Lega 'Semuanya Berakhir'... Lain Kali Jangan Ikut Suka Saja
KUCHING : Dua wartawan Australia yang ditahan kerana cuba untuk bertanya
soalan kepada Perdana Menteri pada Sabtu lalu lega dan menyimpulkan
pengalaman yang mereka lalui sebagai 'roller coaster'.
Wartawan Australia Broadcasting Corporation (ABC), Linton Besser dan
jurukamera Louie Eroglu dihantar pulang pada Selasa selepas tuduhan cuba
menghalang tugas penjawat awam digugurkan.
Mereka dihantar pulang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching ke Singapura sebelum meneruskan perjalanan ke Australia.
Kedua-dua mereka ditahan di Kota Sentosa, Kuching kira-kira pukul 8.35
malam pada 12 Mac kerana "gagal mematuhi arahan polis untuk tidak
melanggar garis keselamatan" semasa lawatan Datuk Seri Najib Tun Razak
ke masjid.
"Saya lega kerana semuanya berakhir tetapi saya tidak boleh memberi
komen panjang kerana perlu mengejar penerbangan dengan segera," kata
Besser kepada pemberita di lapangan terbang.
"Banyak perkara yang berlaku. Ia seperti satu coaster roller tetapi ia
hampir berakhir. Kami perlu menaiki penerbangan ini," katanya.
"Sarawak adalah tempat yang indah, dan saya berharap untuk datang lagi
ke sini bercuti dengan keluarga saya satu hari nanti," katanya menjawab
soalan sama ada penahanannya itu merupakan satu pengalaman yang buruk
kepadanya apabila melawat negara ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment