Wartawan yang kebetulan melalui jalan yang sibuk itu melihat aksi kumpulan anak muda dari kampung berdekatan yang meluahkan rasa terpendam mereka dengan kenyataan biadap Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali terhadap Tan Sri Adenan Satem.
Anak-anak muda sekitar Petra Jaya yang merupakan kubu PBB, menganggap tindakan Azmin yang menghina Ketua Menteri Sarawak itu dalam ucapannya menonjolkan budaya ektrimis.
Azmin sebelum ini dibenarkan masuk Sarawak dengan tempoh tertentu berang dan mengatakan negeri itu bukan milik bapa Adenan.
Ketua Belia Kuching, Mohd Sofian Fariz, 30 menyifatkan tindakan Azmin itu sebagai biadap.
"Pertamanya, kami anak muda Sarawak ingin hendak menunjukkan kemarahan dan rasa terguris hati dengan lontaran YAB Azmin Ali yang lantang dan jelas biadap terhadap YAB Tok Nan.
"Sebagai orang luar, seorang tetamu dan juga seorang Menteri Besar seharusnya peka kepada sentimen dan budaya tempatan dan bahawa kami anak Sarawak di ajar untuk bersopan santun di tempat orang. Sebab budaya sebegini adalah asing dan biadap," katanya.
Beliau menyifatkan kedatangan Azmin ke negeri itu "tidak diundang, pergi tidak dihalang'.
Menurutnya tindakan Azmin telah melukakan keseluruhan hati rakyat Sarawak.
"Ucapan kasar yang ditonjol oleh pemimpin pemimpin pembangkang dalam sesi jelajah ceramah mereka di PRN11 ini banyak melukakan hati kami.
"Jika itu sebahagian dari budaya YAB Azmin Ali dan partinya dan parti DAP, kami ingin nyatakan, kami tidak ingin terikut dan kami akan tolak sekeras kerasnya," katanya lagi.
Beliau turut menegaskan 'flashmob' seperti itu akan diteruskan di seluruh Sarawak sekiranya Azmin terus menghina Adenan dengan kenyataan seperti itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment