Thursday, May 05, 2016
DAP Rayu PKR Tarik Diri Di Batu Kitang
KUCHING : DAP merayu kepada PKR supaya menarik diri daripada bertanding
kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kitang kerana parti
sekutu itu tidak mempunyai peluang memenanginya pada pilihan raya
negeri, Sabtu ini.
Pengerusi DAP Negeri, Chong Chieng Jen mendakwa maklum balas di lapangan
menunjukkan calon PKR, Voon Shiak Ni tidak mempunyai peluang berbanding
calon DAP, Abdul Aziz Isa Marindo, yang juga pembantu khasnya.
Justeru, saya minta dan rayu PKR supaya mengisytihar menarik diri
daripada bertanding kerusi ini, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat
DAP, di sini Rabu.
Selain Voon, Naib Ketua Wanita PKR Kebangsaan dan Abdul Aziz, kerusi
Batu Kitang itu menyaksikan pertandingan lima penjuru dengan calon BN,
Lo Khere Chiang dan dua calon Bebas - Sulaiman Kadir dan Datuk Seri
Othman Bojeng.
Pada PRN-11, DAP dan PKR mengambil laluan masing-masing selepas gagal
mencapai kesepakatan dalam agihan kerusi sehingga menyaksikan kedua-dua
parti pembangkang itu bertembung di enam kerusi DUN.
Kerusi berkenaan adalah Batu Kitang, Mulu, Murum, Simanggang, Ngemah dan Mambong.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment