Thursday, May 05, 2016
KPN Sahkan Beliau Arah Tarik Balik Polis Pengiring Tun Mahathir… Ini Sebabnya...
Dicelah polemik isu polis pengiring bermotosikal kepada Tun Dr Mahathir
Mohamad ditarik balik,Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ,Rabu
tampil memberi penjelasan kenapa langkah itu diambil.
Khalid mengesahkan beliau sendiri yang keluarkan arahan itu.
Kalau dengar penjelasannya kepada wartawan di Kota Kinabalu memang ada lojik.
Apapun katanya penarikan balik pengiring motoiskal polis itu bukan menyeluruh.Ia dibuat ikut keadaan.
Juga pengawal peribadi polis kepada Dr Mahathir tidak ditarik balik
kerana polis tidak mahu timbul risiko keselamatan keatas bekas Perdana
Menteri itu.
Khalid berkata langkah tarik balik pengiring polis bermotosikal itu
kerana polis tidak mahu terbabit dalam acara-acara yang bercanggah
dengan undang-undang dan perlembagaan yang dihadirinya.
Menurutnya ia ditarik balik kerana bekas Perdana Menteri itu hadir
himpunan haram seperti Bersih,anti-GST dan Deklarasi Rakyat yang
bertentangan dengan undang-undang.
“Bagaimana kami ( polis) nak iring beliau ke acara-acara itu? Kami tidak boleh spokong.Maka saya putuskan tarik balik,”katanya.
Beliau harap Dr Mahathir faham pendirian polis dalam hal ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment