Thursday, May 05, 2016
Dituduh Nak Jadi Perdana Menteri, Mukhriz Saman Pegawai PM
EDITOR MENULIS...
5 MEI 2016
Sejarah baru tercipta di negara kita
bila buat pertama kalinya seorang ahli politik menyaman seorang yang
lain kerana menuduhnya nak jadi Perdana Menteri!! Dalam dunia pun
pertama kali rasanya.
Ya, inilah kisah bila dilaporkan sebuah
portal pro pembangkang bahawa bekas Menteri Besar Kedah, Mukhriz
Mahathir akan menyaman Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri
Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad kerana mengeluarkan tuduhan tersebut.
Sebelum ni ada orang mengaku Tuhan,
mengaku Nabi, mengaku macam-macam pun takde siapa nak saman, tapi kena
tuduh nak jadi Perdana Menteri pulak yang nak kena saman.
Nak gelak ke
nak nangis , dah tak tahu nak pilih macam mana dah ni.
Yalah, bila orang ada duit, ada
pengaruh, macam-macamlah boleh buat waima saman perkara-perkara yang
kita rakyat biasa ni setakat mampu bayangkan saja. Bukan tuduhan jahat
pun, tuduh nak jadi Perdana Menteri, tak tahulah kalau kerja jadi
Perdana Menteri kerja orang jahat!!
Bukan bapak dia jadi PM 22 tahun ke, jahat ke kerja tu, menjatuhkan maruah ke?
Bagaimanapun, saya suka tegaskan itu
adalah hak dialah di sisi undang-undang nak saman siapa pun yang dia nak
saman. Kita pun tak pertikai hak dia nak saman tu cuma cakap dari segi
sejarah yang dicipta itu sajalah. Ada kes takde kes, itu nanti
kebijaksanaan Mahkamahlah yang akan menentukan.
Kita rakyat dibawah ini pun tak sabar
juga tunggu kes berjalan, nak jugak tahu, bahagian mana dalam tuduhan
macam ini yang boleh menjatuhkan maruah seseorang? Manalah tahu kalau
lepas ni ada sesiapa tuduh saya nak pegang apa-apa jawatan besar ke apa ke, mungkin saya juga akan menimbang untuk menyamannya.
Apa pun marilah kita berbangga, sejarah dunia ni...
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment