Thursday, May 05, 2016
#PRNSarawak : Najib Umum Projek Dekat Di Hati Rakyat, Mudahkan Kemenangan BN
Ramai mempertikaikan kekurangan beberapa
kemudahan asas di beberapa kawasan dalam negeri Sarawak berbanding
Semenanjung. Ramai juga hairan kenapa projek pembinaan jalanraya
seperti Pan Borneo menjadi isu besar di negeri paling luas dalam negara
Malaysia ini.
Orang yang pertikai ni sama ada tak
pernah sampai Sarawak atau sengaja nak bagi gambaran buruk mengenai
kerajaan BN Sarawak kepada orang luar.
Sarawak ini luas kawasannya, lebih luas
dari Semenanjung pun. Keluasannya meliputi 37% dari jumlah keluasan
keseluruhan negara Malaysia ni tapi jumlah penduduknya hanya sekitar 2-3
juta orang sahaja. Johor sebagai contoh, hanya 5.7% jumlah keluasannya
dari keseluruhan Malaysia tapi penduduk sudah lebih 3 juta orang.
Maka itu, penyediaan infrastruktur di
Sarawak perlu dilihat dari perspektif keluasan dan kepadatan penduduk di
sini, tak boleh nak sama dengan yang di Semenanjung. Negeri ini
terlalu luas dan rakyatnya tinggal secara berkelompok, majoriti jauh di
antara satu sama lain.
Justeru, bila Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak menjelajah sendiri ke kawasan-kawasan pendalaman
Sarawak dan mengumumkan projek-projek yang ‘nampak biasa’ bagi majoriti
orang di Semenanjung, ia adalah nikmat yang besar kepada penduduk yang
dapat tu.
Macam bila Perdana Menteri umum naik
taraf prasarana bekalan air di Beting Maro dan sebuah sekolah baru untuk
penduduk di Kabong (dua-dua kawasan sangat pendalaman), maka ia adalah
faedah yang tak ternilai untuk penduduk di kedua-dua kawasan tersebut
sekalipun orang di Selangor dan Kuala Lumpur melihatnya sebagai biasa,
nak hairan apa.
Sebab itu kita boleh menjangka BN akan
mendapat lebih banyak kerusi dari 70 yang diramal Ketua Menterinya, Tan
Sri Adenan Satim sebab projek-projek yang diumumkan Perdana Menteri ini
adalah menepati keperluan masyarakat setempat, seterusnya meningkatkan
peluang tersebut (BN tambah kerusi).
Bukan kata kerajaan negeri sebelum ini
tak buat kerja tapi jumlah penduduk 5 tahun dulu dengan sekarang sudah
tentulah ada perbezaan, jadi keperluan itu pun meningkat dan prasarana
sedia ada memerlukan peningkatan segera.
Dengan kerajaan Sarawak sedia ada ini
adalah kerajaan sementara bila DUN dibubarkan, kehadiran Perdana Menteri
penting untuk memastikan projek-projek ini dilaksanakan segera demi
kepentingan rakyat Sarawak khasnya. Bukan cakap kosong atau air liur
bersembur sembur macam pembangkang nun.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment