Thursday, May 05, 2016

Lelaki Dipercayai Hina Kerabat Diraja Johor, JDT Menerusi FB Ditahan

JOHOR BARU : Polis menahan seorang lelaki di Pahang pada Khamis setelah dipercayai mengeluarkan kata-kata bersifat jelik berbentuk penghinaan terhadap kerabat diraja Johor dan pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) menerusi laman sosial Facebook.

Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki berusia 40-an itu ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Jabatan Siasatan Jenayah D9 IPK Pahang kira-kira 2.40 pagi di Taman Astana Permai, Bandar Indera Mahkota.

"Lelaki itu dipercayai mengeluarkan kata-kata itu menerusi laman Facebook dikenali sebagai The Elephant Skull. Polis turut merampas dua komputer riba dan sebuah telefon bimbit jenis Iphone 5," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Wan Ahmad Najmuddin berkata lelaki itu akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia (AKMM), yang memperuntuk hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya menggunakan laman Facebook untuk memuat naik komen bersifat fitnah, menghasut, lucah, membenci, menyakitkan hati, sindiran serta provokasi.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment