Thursday, May 05, 2016
DAP Mula Rasa 'Panas', Cemuh Media
KUCHING : Hanya tinggal kurang 48 jam untuk pengundian bagi pilihan raya
negeri Sarawak, DAP sudah mula bermain tuduh menuduh kerana kemungkinan
menghadapi halangan dalam saingan di 31 kerusi yang ditandinginya.
Pada sidang media terakhir menjelang hari pengundian Sabtu ini,
Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen menuduh Barisan Nasional (BN)
mengamalkan politik wang dan mencemuh media kerana melaporkan berita
mengenai kekurangan pembangunan di kawasan-kawasan dikuasai oleh parti
pembangkang itu.
Tanpa menamakan sebarang kawasan, beliau mendakwa peluang parti itu kini
dalam bahaya dan larangan masuk beberapa pemimpin parti pusat ke negeri
ini telah meredakan bahang pilihan raya dan mengakibatkan parti itu
kurang menerima sumbangan derma.
"Adalah sukar untuk kami beropersi seperti sekarang ini kita perlu juga
menjaga banyak kawasan-kawasan luar bandar," kata Chong yang akan
mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa.
Parti itu bangkit untuk melakarkan pencapaian terbaik dengan memenangi
12 kerusi pada pilihan raya negeri 2011 dan kali ini mengembangkan sayap
di 16 kawasan majoriti kaum Dayak.
Penganalisis berkata kempen parti itu sudah menjangkau kemampuan kerana
ia bukan sahaja perlu mempertahankan 12 kerusi tetapi juga berkempen di
kawasan pedalaman di mana ia tidak mungkin mencapai prestasi yang baik.
"DAP mengumumkan sasaran menang sekurang-kurangnya 18 kerusi...ini
bermakna 12 kerusi majoriti Cina dan tambahan enam kerusi di kawasan
majoriti Dayak.
"Ini adalah misi yang mustahil," kata penganalisis yang tidak mahu namanya disiarkan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment