Thursday, May 05, 2016
Padan Mukanya.... Restoran Didenda RM4,000 Naikkan Harga Nasi Lemak
SHAH ALAM : Sebuah restoran di sini didenda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen
kerana menaikkan harga sepinggan nasi lemak sebanyak RM1.
Restoran Silva Curry House di Subang Jaya menaikkan harga sepinggan nasi
lemaknya dari RM2.50 pada Januari kepada RM3.50 pada Jun tahun lalu.
Ia gagal mengemukakan resit jualan untuk mewajarkan kenaikan itu selepas
satu laporan dibuat dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
T. Gopinath, 36, pemilik restoran tersebut mengaku bersalah terhadap
pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini dan didenda RM4,000 atas kesalahan
tersebut.
Syarikat itu melakukan kesalahan tersebut di premis restoran di 121,
Jalan SS25/5A, Subang Jaya pada pukul 11.25 pagi, 29 Jun tahun lepas di
bawah Seksyen 53A Akta Kawalan Harga dan Akta 2011 Anti Pencatutan.
Ia boleh didenda di bawah Seksyen 57 (b) akta yang sama yang membawa
hukuman denda sehingga RM500,000 atau dua tahun penjara atau
kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Mohd Zarif Anwar Mohd Ali dari kementerian itu membuat laporan terhadap restoran tersebut.
Melalui penterjemah bahasa di mahkamah, Gopinath, yang tidak diwakili
peguam memohon hukuman ringan kerana dia pencari nafkah tunggal untuk
keluargannya.
Pada masa sama dia memberitahu perlu menyara ibunya yang sudah berusia dan baharu sahaja menjalani pembedahan pintasan jantung.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment