Thursday, May 05, 2016
Silap Besar... RED BEAN ARMY Dihalau Dari Majlis BN
Empat lelaki dan tiga perempuan penulis blog upahan pembangkang dihalau
dari sebuah majlis anjuran Barisan Nasional (BN) selepas mengganggu
ceramah sedang berlangsung di Long Pillah Baram, sekitar jam 3 petang
Rabu.
Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohd Asfia
merupakan penceramah utama bagi kempen calon BN di Telang Usan, Dennis
Ngau, sedang berucap ketika seorang daripada blogger berkenaan
melaungkan ayat anti GST!
Asfia yang tersentak dengan tindakan tersebut memanggil lelaki berkenaan
ke hadapan, lalu bertanya siapakah dia dan dari mana dia datang.
Kumpulan berkenaan yang mendakwa mereka penulis blog, kemudian menjawab
Asfia, memberitahu bahawa dia datang dari Kuala Lumpur, namun tidak
memperkenalkan nama diri.
Berikutan itu, Asfia kemudian mengarahkan beliau keluar dari rumah
panjang berkenaan di mana majlis ceramah politik BN anjuran Pergerakan
Wanita PBB Telang Usan yang diadakan di Long Pillah.
Sebelum keluar, lelaki terbabit sempat berteriak: “I am a Malaysian
(Saya rakyat Malaysia)” sebanyak tiga kali, sebelum beberapa anggota
RELA mengiringi beliau keluar dari situ, diikuti oleh enam rakannya yang
lain.
BorneoPost melaporkan kumpulan penulis blog berkenaan dipercayai
orang-orang ‘tentera kacang merah’ DAP yang bayar khusus untuk melakukan
kempen menerusi ‘perang siber’ dan mereka datang ke sini menggunakan
jalan darat dari Miri yang mengambil masa selama tiga jam serta tiba
hampir di sini sama waktu dengan rombongan Asfia, yang menaiki pesawat
helikopter, juga dari Miri.
Asfia yang terus bersikap tenang pula, meneruskan ceramahnya sambil
mendedahkan kepada penduduk Long Pillah, bahawa ia adalah budaya sebenar
politik dari seberang sana (Semenanjung Malaysia).
“Politik dari sebelah sana tidak sesuai dengan budaya kita di sini dan
mereka tidak tahu mengenai budaya serta adat resam kita dan cara kita
berkempen.
“Justeru, kita tidak mahu terima golongan yang bersikap begitu
(agresif),” tambahnya lagi, sambil berharap penduduk di Long Pillah akan
beralih arah kali ini dan memberikan sokongan padu kepada Dennis bagi
memastikan kemenangan BN dan pembangunan diteruskan di Baram.
Menurut Asfia, sebagai seorang Speaker DUN yang sudah bertugas selama 16
tahun, beliau amat arif dengan wakil-wakil rakyat negeri ini dan kenal
siapa yang bekerja dan mereka yang tidak bekerja.
“Saya amat kenal dengan wakil rakyat mana yang kerja dan siapa yang
tidak bekerja. Dennis adalah salah seorang daripada mereka bekerja keras
dan amat komited kepada tugasnya.
“Malah prestasi kerja beliau ialah ‘A’,” katanya lagi sambil merujuk
kepada kecemerlangan Dennis sepanjang berkhidmat sebagai wakil rakyat di
Telang Usan.
Sementara itu Long Pillah merupakan salah sebuah kawasan hitam atau kubu
kuat pembangkang di Baram, yang terus digempur oleh jentera BN
sepanjang kempen pilihan raya.
Long Pillah dihuni oleh majoriti kaum Kayan dan Kenyah serta di bawah
kerusi Telang Usan, menyaksikan pertandingan sengit satu lawan satu di
antara Dennis, menentang calon PKR, Roland Engan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment