Sunday, May 15, 2016

Perghhhhh.... Kerajaan Negeri Selangor Mula Menindas Nelayan Dengan CUKAI SAMPAN

Beberapa artikel telah ditulis untuk menyedarkan rakyat bahawa kedua-dua parti ini adalah parti yang tidak mahu melihat perubahan kehidupan rakyat dilaksanakan. Berbagai isu yang menindas rakyat bawahan dan juga  penindasan yang dikenakan kepada rakyat miskin.

Kini Selangor sedang mengikuti jejak langkah yang dilakukan oleh DAP. Jika sebelum ini Pulau Pinang telah mengenakan cukai katil kepada setiap pengunjung yang menggunakan perkhidmatan hotel di negeri itu.

Kini Selangor dengan penuh bangganya pula telah  mengenakan cukai sampan yang akan dikenakan kepada nelayan-nelayan yang terdiri daripada orang Melayu. Cukai sampan ini telah diputuskan oleh kerajaan negeri Selangor dibawah kepimpinan Azmin Ali.

Satu Mesyuarat  bersama Pegawai Daerah Tanah, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Jabatan Hutan dan lain-lain agensi.   Semua ketua-ketua pengkalan diminta supaya membuat permohonan tanah dan jeti-jeti di pengkalan agar tidak dikenakan TOL.

Permohonan tanah yang dicadangakan untuk pengkalan dan jeti  tersebut telah disyaratkan  atas nama Pengkalan. Permohonan atas nama individu tidak akan dibenarkan sama sekali. Ini adalah cara PKR yang memerintah Selangor  yang dikatakan membela  rakyat yang miskin.

Difahamkan bahawa setiap keluasan kawasan akan diputuskan oleh LUAS. Pada kebiasaannya  jika kita lihat corak pemerintahan di Selangor dan Pulau Pinang, penindasan akan digunakan dengan kuasa pemutus kerajaan negeri untuk menindas nelayan atas bidang kuasa  yang dibuat oleh mereka sendiri.

Sekatan  juga akan dilakukan , sekatan ini juga bersifat penindasan dan menghalang para nelayan untuk melakukan aktiviti mereka. Setiap nelayan dan  setiap satu pancing yang diletakkan dipersisir pantai akan dikenakan cukai RM600.00 setahun.

Kekejaman pula dapat dilihat setelah sekatan dilakukan  ialah para nelayan akan DIHALAU keluar dari kawasan operasi oleh  ketua pengkalan jika gagal membayar CUKAI  SAMPAN yang dikenakan sebanyak RM600.00 setahun.

Ketua pengkalan akan memainkan peranan sebagai pengutip cukai  yang mana akan mengutip cukai dari nelayan dan diserahkan kepada LUAS.  Cara ini dilakukan saling tak ubah  seperti zaman penjajahan  dan pengutip ufti yang akan melakukan kekejaman terhadap rakyat dizaman  dahulu.

Cukai sampan ini tidak termasuk  cukai yang dikenakan terhadap para nelayan yang menggunakan pondok tempat simpan jaring, jeti LKIM,  tandas dan lain-lain infra.

Jika cukai asas ini terlaksana, RM48,000 akan dipungut oleh Kerajaan Selangor di Pengkalan Zon Sementa yang mempunyai 80 nelayan bersampan.

Penindasan pula dilakukan terhadap nelayan pantai  oleh kerajaan negeri bila mana akan  menghalang para nelayan menggunakan jeti untuk ke laut mencari rezeki jika gagal membayar cukai yang dikenakan keatas kira kira 80 nelayan.

Apakah nasib para nelayan yang mana rata rata  dari golongan yang  miskin. Inilah cara DAP dan PKR memerintah untuk mendapatkan hasil negeri  dengan melakukan penindasan terhadap golongan yang dikatakan  mereka akan  “membela dan Mengubah” corak kehidupan dalam  kempen pilihanraya  mereka yang lalu.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment