Sunday, May 15, 2016
Agong Tiada Kuasa Untuk Pecat PM, Harapan Palsu Apakah Yang Cuba Mahathir Mainkan Ini?
Ramai yang tidak sedar bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad memberi harapan
palsu kepada rakyat dalam usahanya ingin menyingkirkan Datuk Seri Najib
Tun Razak dari jawatan Perdana Menteri menggunakan Deklarasi Rakyat.
Janji Dr Mahathir bahawa Najib akan disingkirkan sekiranya terdapat
sejuta tandatangan menyokong Deklarasi Rakyat tidak akan mengugat
sedikit pun jawatan Perdana Menteri.
Menurut ‘permainan’ bekas Perdana Menteri itu, beliau akan menyerahkan
deklarasi ditandatangani sejuta rakyat kepada Yang di Pertuan Agong bagi
memohon pertimbangan baginda melucutkan jawatan Najib.
Namun, menurut Perlembagaan Persekutuan, Yang di Pertuan Agung atau
Majlis Raja-Raja tidak mempunyai kuasa untuk memecat Perdana Menteri
atau jawatan seumpamanya.
Ini bermaksud, janji Dr Mahathir hanyalah palsu semata-mata sepertimana
bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjanjikan ‘bulan dan
bintang’ sekiranya pembangkang berjaya menjadi kerajaan.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa Penganalisis politik, Prof Dr Mohd
Agus Yusof berkata YDP Agong hanya mempunyai budi bicara untuk melantik
Perdana Menteri berdasarkan sokongan majoriti ahli Parlimen.
“Jadi ahli politik yang meminta supaya Yang Dipertuan Agong bertindak
memecat Perdana Menteri, saya nasihatkan teliti dahulu prosedur
pemecatan Perdana Menteri sebelum mengeluarkan kenyataan supaya
kenyataan itu tidak berbentuk sensasi,” kata Agus.
Lantas, deklarasi rakyat yang diperjuangkan Dr Mahathir bersama pemimpin
pembangkang jelas tidak laku digunakan sebagai wadah menjatuhkan
pentadbiran Najib.
Tidak kisahlah sama ada mereka berjaya kumpul 80 juta tandatangan
sekalipun, persoalannya tetap sama, apakah deklarasi itu mampu
menjatuhkan Najib dari jawatan Perdana Menteri?
Jawapannya tidak.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment