Friday, May 06, 2016
#PRNSarawak : Pulau Pinang Pun Tak Terbela, Bagaimana Rakyat Sarawak Nak Yakin?
EDITOR MENULIS...
6 MEI 2016
Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ke-11 semakin hangat
berlangsung. Menurut beberapa rakan penulis di sana, DAP makin
mempergiatkan kempen mereka di bumi kenyalang itu walaupun sambutan yang
diberi rakyat tempatan terhadap mereka kian hambar.
Kadang kala, terlintas di fikiran saya, apakah yang dibuat
DAP di Sarawak sana. DAP Sarawak sendiri bagaikan tidak dapat dikawal
DAP Pusat. Mereka ‘langgar habis’ tidak mengira sama ada PKR atau PAN.
Kalau boleh, semua Dun mereka mahu bertanding, seolah tidak peduli
dengan perjanjian antara DAP Pusat dengan PKR di Semenanjung.
Jadi apa yang dibuat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di
sana? Dia sekadar makan angin? Atau sengaja melarikan diri dari SPRM
yang kini menyiasat anak Kit Siang itu berhubung skandal banglo dan
Taman Manggis?
Apakah Guan Eng fikir dia dapat memberi impak besar dan mempengaruhi
rakyat Sarawak?
Sedangkan rakyat Pulau Pinang sendiri pun tidak terbela,
inikan pula dia menyibukkan diri di negeri yang menolak pemimpin ‘cakap
tak serupa bikin dan budaya politik ultra kiasu sepertinya?
Baru-baru ini Adun PKR di Dun Penanti, Dr Norlela Ariffin meluahkan
rasa kecewanya lagi.
Pernah menangis kerana usahanya membantu rakyat di
Penanti bagai ditolak mentah-mentah oleh Guan Eng, kali ini Norlela
mendakwa rakyat di kawasannya kian terpinggir.
Saya yakin, Norlela cuba mendapatkan perhatian Ketua Menteri DAP
itu untuk membela rakyat Penanti yang mengundinya dulu. Tapi Guan Eng
bagaikan sengaja buat ‘pekak badak’, tidak peduli pada rintihan Norlela.
Padahal, Norlela itu Adun PKR, bukan BN pun!
Apakah Guan Eng fikir rakyat Sarawak tidak tahu tentang KPInya selaku
Ketua Menteri di Pulau Pinang? Jika rakan sekutu sendiri pun dia ‘anak
tiri’kan, inikan pula sebuah negeri yang sebelum ini jarang sekali
menarik perhatian DAP Pusat.
Bila pilihan raya baru tunjuk muka di sana? Padanlah DAP Sarawak
dikatakan kurang peduli pada pemimpin dari DAP Pusat. Jika DAP Sarawak
pun dilihat kurang yakin pada kepimpinan DAP Pusat, bagaimana pula
agaknya pandangan mereka pada Guan Eng?
Pada pandangan saya, Guan Eng mungkin perlu berada di Sarawak
untuk sehari dua saja sebagai ‘syarat tunjuk muka’. Mungkin ada yang
terdetik dihati mengatakan ‘negeri dan rakyat sendiri pun tidak dihirau,
inikan pula rakyat Sarawak’. Mungkin Guan Eng hanya sekadar ‘liabiliti’
di sana, bukan?
Justeru itu, saya menyarankan agar Guan Eng pulanglah ke Pulau
Pinang. SPRM khabarnya sudah lama menunggu. Jika dibiarkan menunggu
lama, bila pula kes yang disiasat akan selesai? Atau memang Guan Eng
‘takut’ untuk pulang dan lebih ‘tenteram’ untuk terus ‘melarikan diri’
di Sarawak?
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment