Thursday, May 05, 2016
Serpihan Helikopter Hilang Ditemui.... Mayat Pertama Seorang Wanita Sudah Ditemui
TERKINI : Maklumat terbaru terima bahawa pihak SAR telah temui mayat
seorang wanita tidak jauh dari lokasi serpihan helikopter ditemui.Mayat
itu ditemui sekitar jam 12 tengahari. Pasukan pencari dan penyelamat
(SAR) pagi ini telah menemui serpihan-serpihan helikopter bawa enam
orang termasuk seorang Timbalan Menteri dan seorang Ahli Parlimen yang
hilang sewaktu dalam penerbangan dari Betong ke Kuching petang semalam.
Ia dimaklumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang akhbar di Kuching jam 10.20 pagi.
Katanya serpihan-serpihan itu ditemui jam 9.50 pagi oleh pasukan SAR di
sebelah Sungai Batang Lupar (sebenarnya Sungai Batang Sadong - ikut
penjelasan kemudian oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam,Datuk
Azharuddin Abdul Rahman).
Antara serpihan ditemui ialah bahagian pintu,kerusi,dinding dan rotor blade helikopter.
Usaha berterusan sedang dibuat untuk cari badan utama helikopter.
Najib kata setakat ini belum dapat buat apa-apa kesimpulan mengenai nasib enam penumpang termasuk juruterbang.
Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi dan Ahli Parlimen
BN Kuala Kangsar Datuk Wan Khairil Anuar adalah antara enam berada
dalam helikopter itu yang hilang sewaktu dalam penerbangan dari Betong
ke Kuching petang Khamis.
Turut sama diatas helikopter berkenaan ialah suami Noriah,Asmuni
Abdullah,Ketua Setiausaha Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Dr
Sundran Annamalai dan pengawal peribadi Noriah yakni Ahmad Sobri Harun.
Juruterbang helikopter itu ialah Kepten Rudolf Rex Ragas,seorang warganegara Filipina.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment