Thursday, May 05, 2016
Tun Mahathir Cuba Menghakis Kuasa Majlis Raja-Raja
Selepas memegang kuasa sebagai PM Malaysia (1981), Tun M telah menggubal
undang-undang dalam usaha memperkuatkan dirinya. Beliau mendapat sokongan
dari pengampu dan penjilatnya. Kebanyakan undang-undang adalah untuk
menghalalkan cita-citanya. Tun m mengambil kesempatan melalui kesetiaan
rakyat kepadanya.
Dalam kesetiaan rakyat tanpa berbelah bagi, tun cuba menghakis kuasa
Majlis Raja-raja. Percubaan ini memeranjatkan maajoriti rakyat.
Kesetiaan dan kepatuhan rakyat mulai terjejas, mereka mula mempersoalkan
ke arah mana yang mahu dituju oleh tun m.
Tun M mengisytiharkan konfrontasinya terhadap Raja-Raja Melayu dan sekaligus
merampas kewibawaan Raja-Raja Melayu. Tun sedar rakyat tidak akan
merestuinya melalui Pindaan Perlembagaan Persekutuan. Krisis pindaan
perlembagaan ini berpunca dari penolakan Majlis Raja-Raja terhadap keputusan
kerajaan melalui Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang mahu menghakis kuasa
Raja-Raja.
Raja-Raja menganggap Akta Perlembagaan Persekutuan Pindaan 1983 itu memberi
kuasa yang sangat luas kepada PM Tun M dan kedua-dua dewan. Melalui
pindaan itu, PM mempunyai kuasa menggubal undang-undang walaupun ianya tidak
dipersetujui oleh pihak Majlis Raja-Raja. , bagi Raja-Raja ia merupakan suatu
kedaulatan yang masih kekal selepas dihakis oleh penjajah dan
kemerdekaan tanah melayu. Kabinet tun m melalui Dewan Rakyat dan Dewan
Negara telah membuat pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan, fasal 66
(5)
Bagi Raja-Raja Melayu, sekiranya hak membuat atau meminda sesuatu undang-undang
diberikan kepada kedua-dua dewan dan PM Tun M, tentulah Raja-Raja melayu akan
kehilangan kewibawaan dan kedaulatan mereka. Raja-Raja merasakan sistem
demokrasi di negara ini belum pasti menjamin hak dan ketuanan Melayu
akan kekal selama-lamanya, jika tunggak politik negara berpindah ke
kaum, sudah tentu pihak yang berkuasa selepas Umno boleh menggubal
undang-undang sesuka hati mereka.
Tun M menyedari hasrat dan cita-citanya akan tercabar, oleh itu beliau
berpaling kepada rakyat dan cuba menggunakan mereka. Atas keinsafan
inilah orang Melayu dan Raja-Raja Melayu menyuarakan bantahan mereka
terhadap rang undang-undang tersebut. Akhirnya Tun M terpaksa mengalah. Inilah
permainan politik Tun M untuk memiliki kuasa, namun rakyat sedar dan
bukan semua boleh ditipu dalam permainan yang licik ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment