Thursday, May 05, 2016

Serpihan Helikopter Yang Hilang Di Sarawak Dijumpai

Serpihan helikopter yang hilang di Sarawak semalam dijumpai bersebelahan Sungai Batang Sadong di Simunjan kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Serpihan itu termasuk sebuah rotation device, sebuah kerusi, sebahagian daripada pintu, sebahagian rotor blade dan sebahagian dinding pesawat, Najib berkata pada sidang media pagi ini.

SERPIHAN PESAWAT DIJUMPAI

Kenyataan Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Razak 

Berlepas dari Betong 4:12 petang destinasi ke Kuching. Helikopter tersebut dalam perjalanan telah terputus hubungan. Pagi tadi, Pasukan mencari dan menyelamat telah pun bergerak. Maklumat telah diterima 9.50 pagi telah MENJUMPAI serpihan-serpihan helikopter RPC 6828 berkenaan. 

Sebahagian pintu, dinding pesawat dan beberapa bahan pesawat lain telah dijumpai.

Pasukan menyelamat akan berusaha untuk mencari ‘main body’.

Kawasan adalah bersebelahan dengan Sungai Batang Lupar dan ini akan menyukarkan operasi namun segala usaha aset yang ada akan digunapakai dalam operasi ini. 

SUMBER : Liputan Khas Secara Langsung Awani
image
image
image
image
image
image
image 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment