Friday, May 06, 2016
Serpihan Helikopter Yang Hilang Di Sarawak Dijumpai – Najib
KUCHING : Serpihan helikopter yang hilang di Sarawak semalam
dijumpai bersebelahan Sungai Batang Lupar, kata Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak.
Serpihan itu termasuk sebuah rotation device, sebuah kerusi,
sebahagian daripada pintu, sebahagian rotor blade dan sebahagian dinding
pesawat, Najib berkata pada sidang media pagi ini.
Perdana
Menteri mengesahkan helikopter itu membawa enam orang, antaranya
Timbalan Menteri Perusahan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon,
suaminya Asmuni Abdullah, Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan
Muhammad Khairil Anuar Wan Ahmad.
Turut berada dalam helikopter itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian
Perusahan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Sundaran Annamalai, pengawal
peribadi Ahmad Sobri Harun, dan juruterbang warga Filipina Rudolf Rex
Ragas.
Helikopter itu berlepas dari Betong, kira-kira 250km dari sini pada 4.12 petang dan sepatutnya tiba di Kuching sekitar 5 petang.
“Setakat ini kita tidak boleh buat sebarang kesimpulan yang kita
sudah kehilangan mereka,” katanya semasa ditanya sekiranya ini bererti
semua mereka sudah tiada lagi.
Perdana Menteri berkata semua aset yang berkaitan sudah diarah
melancarkan operasi dan menyelamat “semaksimum mungkin” di sekitar
kawasan berkenaan.
erdana Menteri berkata beliau dimaklumkan bahawa kawasan serpihan itu
ditemui amat luas, yang mungkin akan menyukarkan operasi mencari
dilancarkan.
“Namun segala usaha dan aset yang dapat kita guna pakai dalam operasi ini kita akan mengerahkan semaksimum mungkin,” katanya.
Beliau yang menganggap kejadian itu sebagai satu tragedi kemalangan
yang tidak diduga, seterusnya mengucapkan terima kasih kepada
pihak-pihak berkaitan yang melancarkan gerakan mencari dan menyelamat
dengan cukup pantas.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment