Friday, May 06, 2016
Kurang 24 Jam Sebelum Mengundi Pembangkang Mula Guna Skrip Lapuk Kempen
KUALA LUMPUR : Tuduhan sogok wang, pengundi hantu, kad
pengenalan diambil adalah antara skrip lapuk yang akan diguna pakai
pembangkang menjelang hari terakhir kempen pada setiap pilihan raya yang
diadakan di negara ini.
Skrip yang sama juga kelihatan sudah mula digunakan pembangkang pada
pilihan raya negeri Sarawak ini menjelang hari pengundian 7 Mei ini
selepas hampir dua minggu berkempen.
Mengulas
perkara tersebut Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar berkata
skrip pembangkang itu sebenarnya sudah dijangka apatah lagi dalam PRN
Sarawak kali ini pembangkang dilihat begitu bergelut bagi berdepan
dengan jentera mantap Barisan Nasional (BN).
Tegasnya selain kemelut dalaman yang parah di kalangan parti
pembangkang, propaganda isu mahu pun gula-gula pembangkang yang cuba
diberikan kepada rakyat Sarawak terutama pengundi juga ternyata menemui
jalan buntu.
Oleh kerana itu tambah beliau lagi, pembangkang terpaksa mengunakan
skrip lapuk mereka menjelang hari pengundian dengan memomokkan isu-siu
seperti sogokan wang, pengundi hantu dan sebagainya.
“Saya telah berada di negeri ini sejak hari penamaan calon lagi. Apa
yang dapat saya lihat adalah rakyat Sarawak amat matang berpolitik
kerana itu ceramah yang dibuat oleh pembangkang sunyi dan tidak mendapat
sambutan.
“Pembangkang menggunakan propaganda yang dirasakan boleh meningkatkan
sokongan kepada calon mereka tapi saya dapat melihat rata-rata pengundi
cukup matang berpolitik dan tidak inginkan politik adu domba, kelirukan
rakyat dan tidak mahu politik perkauman yang dibawa pembangkang
khususnya Dap.
“Kerana itu saya amat kagum dengan cara orang Sarawak berpolitik,” ujarnya kepada media.
Apa yang pasti jelas beliau rakyat negeri Sarawak mahu pastikan
kemakmuran yang mereka perolehi terus kekal dan kesinambanguna ini dapat
diteruskan tanpa dipengaruhi dengan politik pembangkang yang tidak
sihat.
“Rakyat negeri ini merasakan apa yang telah Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem buat selama ini adalah harapan rakyat negeri ini.
“Jadi tidak perlulah pembangkang khususnya Dap terus mengulang tayang
skrip lama. Cara berpolitik seperti ini tidak berkesan di Sarawak,”
katanya lagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment