Friday, May 06, 2016
SPR Nasihat Pengundi Di Semenanjung Semak Daerah, Pusat Mengundi
PUTRAJAYA : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan
pemilih di Semenanjung Malaysia untuk menyemak daerah mengundi dan pusat
mengundi masing-masing mulai esok (6 Mei) hingga 12 Mei susulan langkah
pengemaskinian daerah mengundi.
Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata pemakluman itu hanya
melibatkan pemilih berdaftar sehingga 30 Sept 2014 yang diwartakan pada
26 November 2014 sahaja kerana daftar pemilih itu digunakan sebagai asas
pelaksanaan urusan kemas kini tersebut.
Menurutnya terdapat daerah-daerah mengundi baharu yang diwujudkan
bagi memudahkan pengurusan pilihan raya dan pendaftaran pemilih.
“Terdapat lokaliti yang telah diperbetulkan kedudukannya mengikut
lokasi sebenar di lapangan dengan berpandukan aplikasi Sistem Maklumat
Geografi terkini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata pengemaskinian itu telah diwartakan dalam Notis
Mengenai Daerah Mengundi dan Pusat Mengundi Bagi Bahagian-Bahagian
Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri Bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu pada
29 April lepas.
Untuk maklumat lanjut mengenai tempat pemeriksaan, pemilih boleh
melayari portal rasmi SPR di www.spr.gov.my atau menghubungi talian
03-88927000 atau pejabat-pejabat pilihan raya negeri masing-masing.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment