Friday, October 30, 2015

Kabinet Setuju Vape Tidak Diharamkan – Ismail Sabri

PETALING JAYA : Kabinet pada Jumaat memutuskan untuk tidak mengharamkan rokok elektronik atau vape.  

“Ini berita baik kepada pengguna vape, pembuat perisa vape dan penjual vape. Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak mengharamkan vape. Terima kasih kepada Perdana Menteri dan kerajaan yang memahami aspirasi belia,” kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di laman Facebooknya pada Jumaat.

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.445980.1446186624!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_624/image.jpg

Sebelum ini, Menteri Kesihatan mempertimbangkan untuk mengharamkan vape.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata kementeriannya sedang meneliti daripada sudut undang-undang untuk mengguna pakai pelbagai akta sedia ada bagi membolehkan tindakan tersebut dilaksanakan.

Pada Ogos lepas, menteri kesihatan itu menasihati pengguna shisha dan vape, supaya berhenti menggunakannya buat sementara waktu sehingga keputusan mengenai risikonya diumumkan dalam tempoh dua bulan lagi.

Rokok elektronik adalah alat yang menggunakan bateri untuk menghidupkan atomizer yang kemudian memanaskan cecair untuk menghasilkan wap yang mengandungi nikotin.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Justo Akan Saman Beberapa Individu Di Singapura

http://pakdin.my/wp-content/uploads/2015/06/1mdb-Xavier-Andre-Justo.jpg
BANGKOK : Warga Switzerland, Xavier Andre Justo, yang kini menjalani hukuman penjara tiga tahun di Thailand kerana cuba memeras bekas majikannya PetroSaudi International, akan menyaman pemilik kumpulan media The Edge dan eksekutif tertingginya serta editor Sarawak Report di Mahkamah Tinggi di Singapura.

Justo mahu Toong Kooi Ong dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Penerbit The Edge Communications Sdn Bhd, Ho Kay Tat serta pengasas-editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown memulangkan data yang telah diserahkannya kepada mereka, menurut sumber yang berkaitan dengan kes itu.

Sumber itu memberitahu Bernama bahawa saman itu dijadual didengar di Mahkamah Tinggi di Singapura pada 4 November ini.

Saman itu akan difailkan di Singapura kerana data berkenaan, yang dicuri Justo daripada PetroSaudi, telah diserahkan kepada ketiga-tiga pihak itu di republik berkenaan.

Justo mengaku mencuri data berjumlah 90 gigabyte termasuk e-mel dan dokumen daripada PetroSaudi sebagai sebahagian daripada percubaan untuk memeras bekas majikannya itu.

Apabila percubaan pemerasan itu gagal, dia menyerahkan data berkenaan kepada Toong dan Brown, yang dikatakan telah menawarkan kira-kira AS$2 juta kepadanya, tetapi dia ditangkap pada 22 Jun lepas di pulau Koh Samui di selatan Thailand sebelum menerima bayaran itu.

Pada Isnin, Justo memohon ikat jamin tetapi permohonannya ditolak oleh mahkamah. Justo dijangka memfailkan permohonan baharu untuk ikat jamin pada minggu depan.

Di KUALA LUMPUR, peguam Kevin Joshua berkata, Justo tidak mempunyai hak untuk memfailkan saman kerana dia “tidak mempunyai kepentingan terhadap barangan itu” untuk membuat sebarang tuntutan.

“Ia seperti seorang perompak menyaman tukang emas yang membeli barang kemas yang dicurinya,” kata rakan guaman di Kevin and Co itu.

“Walaupun dia mungkin mempunyai hak untuk memulakan tindakan saman, persoalannya ialah sama ada ia dapat diterima, dan ia bergantung kepada pengakuan apa yang dibuat.”

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Limosin Dinaiki Rajinikanth Tidak Dirampas, Kata Penyewa

limo
KUALA LUMPUR : Selain daripada kekecohan peminat filem Tamil dengan kehadiran pelakon legenda, Rajinikanth ke negara ini, turut mendapat perhatian adalah isu limosin yang digunakan untuk mengambil pelakon berkenaan setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Bukan kerana gambar Hello Kitty yang ditampal pada kereta mewah itu, sebaliknya ia berkaitan dengan penggunaan limosin itu yang dikatakan tidak mendapat kebenaran pihak yang sepatutnya.

Menurut laporan beberapa portal media, limosin itu dirampas kerana digunakan di luar waktu ia disewa, iaitu antara jam 4 hingga 6 petang. Rajinikanth hanya meninggalkan KLIA kira-kira jam 6 petang. Malah pemandu limosin itu juga dikatakan dipaksa untuk membawa Rajinikanth terus ke Melaka.

Dalam perjanjian awal, limosin itu dikatakan hanya perlu membawa Rajinikanth ke Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun dalam perkembangan terbaharu, pihak penyewa limosin itu, Malik Streams Sdn Bhd menjelaskan, perkara tersebut sepatutnya tidak menjadi isu kerana mereka telah membayar RM2,500 untuk limosin berkenaan.

Menurut laporan Malay Mail, isu rampasan sangat tidak relevan, apatah lagi anggota polis turut mengiringi perjalanan mereka ke Melaka.

Pihak syarikat sewaan limosin tersebut, Hyper Luxury Car.com membuat laporan polis tentang limosin tersebut yang didakwa ‘dirampas’, pada Selasa lalu.

Rajinikanth kini berada di Melaka untuk penggambaran filem Kabali.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Penumpang Cemas, Enjin Pesawat Boeing Terbakar

pesawat2
FLORIDA : Penumpang penerbangan sebuah pesawat Boeing 767 Dynamic Airways cemas selepas enjin pesawat itu terbakar ketika dalam persediaan untuk berlepas.

Sekurang-kurangnya 15 orang dilaporkan cedera namun, pihak berkuasa tidak mendedahkan butiran lanjut.

Pesawat tersebut dalam persediaan untuk berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Lauderdale, Hollywood di Florida, Amerika Syarikat menuju ke Caracas, Venezuela.

Ketika kejadian, pesawat itu sedang membawa 101 penumpang dan dijadualkan berlepas pada pukul 12.45 tengah hari waktu tempatan.

Menurut pihak berkuasa, salah seorang penumpang yang cedera dilaporkan mengalami lecur teruk.

Mereka yang cedera telah dibawa ke hospital.

Manakala 24 lagi penumpang sedang diberikan rawatan selepas mengalami trauma.

Menurut saksi, penumpang menggunakan gelongsor keselamatan untuk turun dari pesawat dan menyelamatkan diri.

Pihak bomba bagaimanapun berjaya mengawal keadaan dengan menyembur air dan buih untuk memadamkan kebakaran.

Kebakaran dipercayai bermula dari enjin sebelah kiri pesawat.

Badan Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat kini sedang menyiasat punca sebenar kejadian.
 
Lapangan terbang terbabit dibuka semula dua jam kemudian.

Visual panik itu sempat dirakamkan penumpang dari pesawat lain yang sedang bersedia untuk berlepas.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Ranking Ke-10 Dunia Milik Chong Wei

chongwei2
Sukar untuk mempercayai bahawa Datuk Lee Chong Wei menghuni ranking dunia ke-180 selepas mengakhiri penggantungannya selama lapan bulan namun pemain perseorangan negara telah kembali dalam senarai 10 pemain terbaik dunia.

Menurut senarai terbaru yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Chong Wei melonjak sembilan tangga daripada ranking ke-19 susulan kejuaraan Terbuka Perancis pada Ahad lalu.

Sementara itu, beregu veteran lelaki Koo Kien Keat-Tan Boon Heong juga kembali dalam kelompok 20 terbaik di tangga ke-19, hanya lima tangga belakang Goh V Shem-Tan Wee Kiong.

Terbuka China dan Terbuka Hong Kong menjadi tumpuan pemain-pemain negara pada bulan November demi mempertingkatkan peluang mereka jaminkan kemaraan ke temasya Sukan Olimpik, Rio 2016.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Remaja Bebas Dari Tuduhan Bunuh Bapa

tertuduh
IPOH : Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun daripada pertuduhan membunuh bapanya di rumah mereka tiga tahun lepas, tanpa dipanggil membela diri.

Pesuruhjaya Kehakiman Noorin Badaruddin membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, yang diwakili peguam Ranjit Singh Sandhu, pada akhir kes pendakwaan.

Pendakwaan, yang dikendali Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Jeffrey Ong, mengemukakan 15 saksi termasuk ibu tertuduh.

Remaja itu, ketika kejadian berusia 15 tahun, didakwa membunuh bapanya, 40, di Taman Bersatu, Simpang Pulai antara pukul 11.30 malam 30 April 2012 dan 12.30 malam 1 Mei 2012 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Dalam penghakiman ringkasnya, Noorin berkata mahkamah mendapati pendakwaan gagal membuktikan elemen ketiga dalam pertuduhan iaitu tertuduh, secara bersendirian, telah menyebabkan kecederaan terhadap mangsa sehingga menyebabkan kematian.

Beliau berkata keterangan forensik menunjukkan terdapat kemungkinan mangsa diserang oleh lebih daripada seorang individu berdasarkan kehadiran DNA asing dalam bentuk darah yang dikesan di seluar pendek tertuduh serta tapak kaki di tempat kejadian.

“Inferens munasabah yang boleh dibuat oleh mahkamah ialah terdapat seorang lagi yang mengalami kecederaan berdasarkan kesan darah yang ditemui.

“Selain itu, tertuduh mengalami kecederaan namun ia tidak dikenal pasti (sama ada tertuduh juga telah diserang seperti bapanya) kerana tertuduh dibawa ke hospital hanya untuk mendapatkan sampel darahnya,” katanya.

Noorin berkata mahkamah juga mendapati penemuan dua bilah pisau bukan keterangan langsung yang menunjukkan tertuduh melakukan kesalahan itu kerana ia hanya membuktikan tertuduh tahu di mana pisau itu berada.

Beliau berkata kehadiran DNA asing sekali lagi menimbulkan keraguan adakah tertuduh adalah satu-satunya orang yang menggunakan kedua-dua pisau berkenaan.

Noorin berkata meskipun ibu tertuduh, yang merupakan saksi keempat pendakwaan, boleh disifatkan sebagai ‘saksi yang berat sebelah’ namun, keterangan beliau tidak semestinya tidak boleh diterima sekalipun sukar untuk dipercayai.

“SP4 (ibu tertuduh) berkata rumah kediaman mereka telah dicerobohi pencuri dan pencuri itulah yang membunuh suaminya. SP4 turut memaklumkan tentang kehilangan wang akibat peristiwa itu.

“Mahkamah mendapati keterangan ini bukan ‘after thought’ (setelah  berfikir) kerana SP4 telah membuat laporan polis bahawa rumah mereka telah dicerobohi dan keterangan ini perlu disangkal oleh pihak pendakwaan,” katanya.


Bagaimanapun, beliau berkata pegawai penyiasat kes gagal mengambil tindakan sewajarnya berhubung perkara itu.

Sejurus selepas mahkamah mengumumkan keputusan itu, remaja berkenaan dipeluk anggota keluarga yang hadir termasuk ibu dan ibu saudaranya.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, remaja berkenaan berkata dia berhasrat untuk meneruskan pembelajarannya dan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Singapura, Malaysia Ikrar Hubungan Dua Hala

najibsing
SINGAPURA : Malaysia dan Singapura telah menzahirkan ikrar semula mengenai hubungan dua hala yang istimewa antara kedua-dua negara.

Penzahiran itu dibuat dalam pertemuan antara Menteri Luar republik itu, Dr Vivian Balakrishnan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuala Lumpur pada Khamis.

Balakrishnan, yang kini berada di Malaysia untuk lawatan dua hari mengunjungi Najib di Bangunan Parlimen pagi semalam.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Luar di sini, mereka mengalu-alukan kerjasama rapat antara kedua-dua negara dan kemajuan menggalakkan yang dicapai dalam beberapa projek dua hala termasuk Kereta Api Berkelajuan Tinggi KL-Singapura dan Rapid Transit System.

Balakrishnan juga mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman.
http://beritaharian.sg/sites/default/files/styles/bh_large/public/articles/20150809/BH_20150809_LEE_1813792.jpg
Balakrishnan memuji Malaysia atas kepimpinannya sebagai Pengerusi ASEAN dan melahirkan komitmen Singapura untuk bekerjasama rapat dengan Malaysia untuk memastikan kejayaan Sidang Kemuncak ASEAN pada November ini.

Mereka bertukar-tukar pandangan mengenai perkembagan terkini termasuk keperluan untuk bekerjasama memerangi keganasan, menangani isu keselamatan serantau dan jerebu rentas sempadan.

Balakrishnan juga menemui menteri Kabinet yang lain termasuk Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman.

Beliau juga menemui Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan dalam pertemuan itu, mereka bersetuju bahawa adalah penting untuk menjalin hubungan erat antara pemimpin dan belia dari kedua-dua negara.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

‘Kami bukan Superman’- Seorang Anggota Polis

pembulijalanraya
KUALA LUMPUR : Seorang pengguna Facebook, Noorhidayu Mohamed Noor memuat naik status meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap sikap seorang anggota polis yang menjawab panggilan telefon kecemasan.

Norhidayu yang mendakwa diberi jawapan yang tidak berasas oleh anggota polis berkenaan selepas mengadu diganggu oleh sekumpulan pembuli bermotor dalam berjalanan pulang ke Kelantan dan insiden itu belaku di daerah Kahang, Johor.

Aksi video yang pernah menjadi viral di media sosial baru-baru ini menunjukkan mereka sekeluarga telah diganggu oleh tiga penumpang motosikal yang bertindak mengacah serta menyimbah cecair ke atas cermin kereta yang dipandu.

Terdahulu, menurut mangsa, tiga lelaki berkenaan kelihatan seperti pelajar sekolah menengah, bagaimanapun wajah mereka tidak jelas kerana terselindung disebalik topi keledar yang dipakai suspek.

Risau dengan perbuatan tiga lelaki tersebut, mangsa berkenaan membuat panggilan kecemasan ‘999’ untuk melaporkan kejadian tersebut.

Tetapi mereka diminta untuk membuat laporan di balai polis yang berdekatan. Oleh itu, mangsa terpaksa meneruskan perjalanan sambil diganggu dan akhirnya berjaya singgah di Balai Polis Kahang.

Menurut kenyataan status yang dimuat naik itu juga, perbualannya dengan pegawai tersebut amat mengecewakan kerana jawapan yang diterima dilihat sebagai tidak profesional dan tidak bertanggungjawab.

Tambahan pula, pegawai polis tersebut didakwa mengakui mereka bukan ‘Superman’ yang boleh muncul apabila mereka meminta bantuan kecemasan.

Sementara itu, Noorhidayu turut mempersoalkan sikap pegawai polis di negara ini yang sepatutnya menjaga keselamatan rakyat serta negara.

“Kalaulah ini sikap pegawainya, maka tidak perlulah pelik kenapa jenayah semakin berleluasa.

“Kalau di bangku sekolah mereka sudah berani buat begini, besar nanti jangan mereka yang mengacukan pistol kat kepala kau sudah. Beribu batu perjalanan kami, di bumi Malaysia juga keselamatan kami diancam,” Noorhidayah mengakhiri tulisannya.

Status tersebut telah dikongsi lebih dari 21 ribu pelayar media sosial tersebut.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Rang Daftar Pemilih Suku Tahun 3/2015 Kini Dipamerkan Sehingga 9 Nov – SPR

Image result for Rang Daftar Pemilih
PUTRAJAYA : Rang Daftar Pemilih Tambahan (DPT) bagi Suku Tahun 3/2015 kini dipamerkan selama 14 hari mulai 27 Okt hingga 9 Nov selaras dengan Peraturan 13, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata DPT dipamerkan di 962 tempat di seluruh negara antaranya pejabat pilihan raya negeri; pejabat pos berkomputer; kompleks/pejabat kerajaan; pejabat daerah/pejabat tanah; majlis daerah/perbandaran dan dewan serbaguna/rukun tetangga serta balai raya. 

Beliau mengingatkan pemohon yang mendaftar sebagai pemilih atau menukar alamat supaya menyemak DPT itu dan sekiranya mendapati nama mereka tiada dalam senarai maka tuntutan boleh dibuat sepanjang tempoh pameran dengan mengisi Borang B.

Katanya, pemilih berdaftar di satu-satu bahagian pilihan raya yang hendak membuat bantahan ke atas kemasukan nama mana-mana orang di dalam DPT tersebut boleh berbuat demikian dengan mengisi Borang C.

Seorang pembantah boleh membantah tidak melebihi 20 orang selaras dengan subperaturan 15(3) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, katanya dalam kenyataan hari ini. 

Abdul Ghani berkata SPR turut mempamerkan nama-nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada Daftar Pemilih antara lain kerana telah meninggal dunia atau lucut hak warganegara.

Dalam pada itu, beliau berkata SPR menerima sebanyak 69,640 permohonan sebagai pemilih sepanjang tempoh urusan pendaftaran pemilih Suku Tahun 3/2015 iaitu untuk bulan Julai, Ogos dan September lalu.

Katanya daripada jumlah itu, 57,255 merupakan pendaftaran pemilih baharu, manakala 12,385 lagi merupakan permohonan untuk pendaftaran tukar alamat oleh pemilih sedia berdaftar.

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi Ibu Pejabat SPR di talian 03-88927000 atau mana-mana pejabat pilihan raya negeri atau melayari laman sesawang suruhanjaya di www.spr.gov.my.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Pelaburan Berterusan Pembangunan Dan Kepimpinan Belia Amat Penting – Reezal Merican

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/REEZAL_MERICAN_NAINA_MERICAN_AMANAH_RAYA_FAREWELL_110815_TMINAJJUA_01.jpg
KUALA LUMPUR : Pelaburan berterusan dalam pembangunan dan kepimpinan belia, akan memperkasakan mereka untuk menyuarakan pendapat mereka serta mengambil bahagian secara konstruktif dalam membuat keputusan dan tadbir urus.

Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata belia memainkan peranan penting dalam mencorakkan sosial, ekonomi dan politik di rantau ini.

Beliau berkata belia yang diperkasakan akan berupaya untuk mendorong dan menggerakkan diri mereka sendiri dan lainnya ke arah mencapai visi yang berpaksikan semangat kekitaan dan identiti serupa.

“Ini akan membolehkan kita untuk memperkukuhkan lagi pembinaan komuniti dan integrasi serantau selaras dengan pewujudan Komuniti ASEAN menjelang akhir tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Bengkel Serantau mengenai Peranan Belia Dalam Menggalakkan Hak Asasi Manusia dalam ASEAN: Menjadikan Hak Satu Realiti di Universiti Malaya, di sini hari ini.

Sementara itu, Reezal Merican berkata dalam era teknologi moden ini, kebanyakan orang khususnya generasi muda, gemar mendapatkan, menerima dan menyebarkan maklumat, pengetahuan dan menyatakan pandangan menerusi internet dan media sosial.

“Kebebasan bersuara merupakan sebahagian daripada cara hidup mana-mana masyarakat demokratik dan kita menyambut baik dan turut mengamalkannya, dan tatkala kita menuju ke arah demokrasi matang, kita patut mewujudkan persekitaran yang dapat merangsang belia kita untuk menyuarakan pendapat mereka.

“Ini juga bermakna membolehkan mereka menyumbang secara bermakna dalam proses membuat keputusan dan mengambil bahagian secara konstruktif dalam tadbir urus di peringkat negara dan antarabangsa,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, kebebasan bersuara bukannya mutlak dan perlu dalam lingkungan undang-undang, menjaga sensitiviti sosial dan pertimbangan tertentu. 

Mengenai bengkel itu, beliau berharap ia akan meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan penghargaan dalam kalangan belia ASEAN terhadap Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Antara Kerajaan ASEAN dan mekanisme dan instrumen hak asasi manusia yang lain di rantau ini. 

Bengkel itu dianjurkan bersama-sama oleh Kementerian Luar, Institut Asia-Eropah Universiti Malaya dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Ribuan Hadir Ceramah PAN Di Seri Serdang Hingga Tak Cukup Tempat !!!

Punyalah hebat dan hangat sambutan diberikan oleh rakyat sampaikan penceramah terpaksa memainkan dua peranan... satu sebagai penceramah dan satu lagi sebagai pendengar... 

Insiden yang kagum lagi kaget ini berlaku malam kelmarin di Taman Tasek, Sri Serdang acara MAJLIS PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT anjuran Pakatan Harapan tanpa PAS. Kalau suasana dan sambutan sebegini berterusan sehingga PRU ke-14 nanti ... 

Sudah nampak bayang-bayang betapa Putrajaya bakal bertukar tangan .. penerimaan masyarakat Melayu/Islam kepada parti serpihan PAS Parti Amanah Negara @PAN memang diluar jangkaan sama sekali ... 

Memang benar kata-kata Pengerusi PAN Kelantan Dato' Wan Rahim betapa lahirnya PAN akan mengakibatkan PAS mati .. memang sahih dan benar akan kata-kata Setiausaha Agung PAN Sdr Anuar Tahir bahawa PAS sekarang ini sudah lumpuh terutamanya di Selangor ... 

Memang tepat sekali sasaran Pemimpin Terulung PAN bahawa cukup tahun ini PAN mempunyai 100,000 ahli berdaftar ... borang mohon menjadi ahli PAN macam pisang goreng panas .. 

Dalam tempoh sekelip mata lebih 30,000 disambar sampai terpaksa dicetak berulang kali bagi memenuhi permintaan luar biasa rakyat.

















Parti kalau dipimpin individu yang profesional dan inklusif berpaksikan kepada Amanah, Progresif dan Peduli sudah pasti mendapat tempat teristimewa dalam jiwa dan minda rakyat lebih-lebih lagi kalau mendapat restu dan sokongan padu dari DAP. 

Agaknya sudah sampai masanya PAS terpaksa angkat bendera putih akui yang PAN memang sudah mampu ambil alih peranan PAS sekarang ini.... bukan sahaja mampu malahan jauh lebih berjaya kerana memiliki barisan pemimpin yang progresif, amanah, peduli, inklusif dan profesional dengan para ulama luar biasa sebagai penasihat.

Kini bukan sahaja manusia sokong dan dokong PAN tetapi sudah merangkumi juga jin, makhluk halus dan bunian sekali ... inilah kehebatan dan kelebihan PAN yang tidak ada dimiliki oleh mana-mana parti dalam dunia setakat ini. Sejuta tahniah kepada kejayaan dan sambutan luar biasa PAN ini .. 

Tidak salah jika dikatakan kalau berpandukan kepada sambutan di Sri Serdang ini malam kelmarin, gabungan DAP dengan PAN sahaja sudah lebih dari cukup untuk rampas Putrajaya dari tangan UMNO/BN... KIPIDAP!!!!

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Thursday, October 29, 2015

PERKASA Perlukan Mahathir Untuk Cari Sokongan Melayu?

Hairan apabila Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) cuba mempertahankan Tun Dr Mahathir Mohamad dari disingkirkan dari Umno selepas sering mengkritik Presiden parti dan cuba memecah-belahkan parti.

Menurut Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya, jika Mahathir disingkir sebagai ahli Umno, ia akan mengurangkan lagi sokongan orang Melayu terhadap parti itu.

Katanya, sepatutnya pemimpin Umno yang mahu menggugurkan Mahathir sebagai ahli parti, sepatutnya mengambil langkah bijak dengan membuat penyelesaian baik, bukannya dengan cara menyingkirkan bekas perdana menteri itu.

"Pemimpin parti seharusnya membuat pendekatan yang lebih bijak untuk menambahkan sokongan dan memperbanyakkan lagi ahli. Ia supaya parti tersebut lebih kuat, bukannyamembuat penyelesaian dengan menyingkirkan ahli yang ada," kata Abu Bakar.

Amboi... pandai mengajar orang pula Perkasa ni. Takkan nak simpan lagi kalau kita dah tahu orang tu menjadi duri dalam daging yang bakal menghancurkan organisasi yang telah dibina lamanya.

Dari Perkasa sibuk mempertahankan Mahathir untuk digugurkan dari Umno, apa kata Perkasa yang merupakan penubuhan memperjuangkan hak orang Melayu meramaikan lagi ahli terhadap penubuhan itu.

Ataupun, Perkasa boleh menarik Mahathir untuk menjadi ahli Perkasa agar penubuhan itu mendapat ahli Melayu yang ramai.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Arul Kanda Buktikan Dirinya Lebih "Jantan" Dari Tony Pua

Ahli Parlimen Petaling Jaya, Tony Pua yang sebelum ini berlagak mencabar Presiden dan Pengarah Kumpulan Eksekutif 1MDB, Arul Kanda untuk berdebat dengannya dalam satu program yang akan disiarkan secara langsung dikaca televisyen disahut oleh Presiden 1MDB itu.

Arul berkata, beliau menerima cabaran Pua untuk berdebat yang akan disiarkan secara langsung itu, tetapi dengan bersyarat.

"Saya menerima cabaran Tony Pua dan menantikan jawapan daripadanya," kata Arul.

Dalam masa sama, Arul menjelaskan syarat yang ditetapkan itu adalah Pua yang merupakan Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) perlu meletak jawatan tersebut terlebih dahulu sebelum perdebatan itu berlangsung.

Katanya, ini bagi mengelak pertembungan kepentingan diri berlaku ketika program tersebut diadakan.

Arul berkata, beliau percaya Pua akan meletak jawatan dalam PAC itu bagi memboleh cabaran yang dilakukan oleh pemimpin DAP itu terlaksana dan segala persoalan yang dikehendaki pemimpin DAP itu akan terjawab dalam program tersebut.

"Seperti mana yang diketahui, Tony Pua merupakan Ahli PAC yyang sedang melakukan penyiasatan terhadap 1MDB. Bagi mengekalkan integriti dalam siasatan PAC dan untuk mengelak sebarang pertembungan kepentingan peribadi, Tony Pua terlebih dahulu perlu meletak jawatan dalam PAC.

"Saya percaya dia mempunyai keberanian untuk membuat perkata yang betul dan sanggup meletak jawatan dalam PAC supaya 'tiada tangan terikat' ketika kami berdua muncul dalam program bual bicara secara langsung itu," katanya.

Adakah dengan sahutan ini Pua berani melepaskan jawatannya dalam PAC bagi memberi laluan 'bersih' untuk mengadakan perdebatan ini??

Kalau tidak berani untuk melepaskan jawatan dalam PAC, usahlah membuat cabaran seolah-olah berada di  pihak yang benar. Nanti diri sendiri yang termakan dengan cabaran tersebut. Pasti Pua tengah menggelabahkan?? haha....

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Saya Akan Pertahankan Muhyiddin, Kata Nazri Aziz

Nazri Aziz
KUALA LUMPUR : Ahli Majlis Tetinggi UMNO, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berikrar akan melakukan apa saja untuk mengekalkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden parti itu sehingga pemilihan akan datang, lapor beberapa portal media.

Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan dilaporkan berkata UMNO harus berjiwa besar untuk membenarkan perbezaan pendapat di kalangan ahli-ahlinya.

“Kami sepatutnya adakan mesyuarat Majlis Tertinggi hari ini (30 Oktober). Tetapi dalam mesyuarat akan datang, saya akan bersuara. Saya akan usahakan terbaik supaya dia (Muhyiddin) tidak digantung.

“Sebagai sebuah parti yang bakal meraikan ulang tahun ke-70 tahun depan, kita mesti mempunyai ruang yang cukup untuk menerima pendapat yang berbeza,” Nazri dipetik sebagai berkata.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, Muhyiddin harus dibiarkan kekal sebagai timbalan presiden sehingga pemilihan parti akan datang.

“Biarlah dia berkhidmat hingga tempoh penggalnya berakhir. Kemudian, saya akan minta Zahid (Naib Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) untuk melawannya. Saya pasti Muhyiddin akan kalah,” katanya.

Bagaimanapun Nazri mengakui beliau tidak mengetahui mengenai dakwaan Muhyiddin bakal dikenakan tindakan dalam masa terdekat.

Sementara itu portal The Malaysian Insider melaporkan UMNO akan menggantung Muhyiddin sebelum perhimpunan agung parti itu pada Disember depan.

Ia ekoran serangan berterusan Muhyiddin terhadap Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak berhubung kontroversi syarikat pelaburan strategik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan isu wang derma RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke akaun peribadi Najib.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN