Monday, March 07, 2016
Ada Yang Nak Bikin Heboh Pertemuan Biasa PM Dengan Ahli Parlimen
Ini masalahya bila orang yang tidak tahu hujung pangkal tapi nak jadi tukang heboh cerita.
Makanya satu pertemuan biasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
dengan para Ahli Parlimen BN Sabtu malam cuba dijadikan kisah gempar
konon situasi sudah gawat ekoran deklarasi Tun Dr Mahathir Mohamad
bersama pembangkang Jumaat.
Sebaliknya sudah menjadi amalan biasa setiap kali menjelang sidang Parlimen,Najib adakan 'pre council' dengan para Ahli Parlimen BN. Sidang Parlimen kali ini akan dirasmikan oleh yang Dipertuan Agong Isnin ini.
Ia akan berlangsung hingga 7 April. Seorang Ahli Parlimen BN yang dihubungi tertawa mendengar ada pihak yang cuba nak bikin heboh macam-macam mengenai pertemuan yang diadakan di kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya.
Katanya suasana sepanjang pertemuan itu tenang-tenang dan relak saja. Menurutnya majlis pun tidak lama sekitar sejam saja.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment