Wednesday, March 16, 2016
Betul Ke Ni... Saya Dah Lama Nak Letak Jawatan Dari Petronas - Tun M
PETALING JAYA : Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau telah lama
berhasrat untuk meletakkan jawatan dari Petronas sebelum Kabinet sebulat
suara bersetuju untuk menamatkan pelantikan beliau sebagai penasihat
syarikat itu.
"Sebenarnya, saya telah letak jawatan dari Petronas sebelum ini. Tetapi
Petronas tolak perletakan jawatan saya mahupun elaun yang saya
kembalikan semula," kata bekas perdana menteri itu sambil menambah
syarikat itu terus mendepositkan elaun ke dalam akaun banknya.
"Saya letak jawatan kerana saya tidak fikir saya perlu menjadi penasihat
yang tidak menasihati atau dibayar tanpa melakukan apa-apa," katanya
menerusi blognya pada Isnin.
Dr Mahathir digugurkan sebagai penasihat Petronas berdasarkan satu keputusan sebulat suara oleh Kabinet pada Jumaat lalu.
Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan bahawa perkara itu
disebabkan oleh Dr Mahathir tidak lagi mendukung kerajaan sedia ada,
maka beliau sewajarnya tidak lagi memegang sebarang jawatan yang ada
kaitan dengan kerajaan.
Ia berikutan tindakan beliau melancarkan Deklarasi Rakyat menuntut penyingkiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tambah Dr Mahathir, terdapat beberapa pihak yang tidak mahu beliau terlibat dengan Proton atau Yayasan Kepimpinan Perdana.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment