Kita amat maklum bahawa DAP sering menggunakan bermacam-macam cara untuk menghina maruah orang Melayu, Raja-Raja Melayu dan negara sebelum ini. Oleh itu, tindakan Cassandra Hooi cuba memalukan Perdana Menteri Malaysia di Universiti Nottingham bukanlah sesuatu yang memeranjatkan.
Wednesday, March 16, 2016
Cassandra Hooi Agen DAP Di Universiti Nottingham?
Adakah tindakan Cassandra Chung Li Hooi membuat petisyen “Removing
Dato’ Seri Najib Razak’s portrait at the University of Nottingham”
merupakan arahan DAP? Menurut sumber, Cassandra dikatakan mempunyai
hubungan yang amat rapat dengan para pemimpin DAP.
Gambar-gambar Cassandra bersama Tony Pua begitu viral di media sosial.
Malahan Cassandra dilihat turut terlibat dalam Bersih 4 rally yang
diadakan di London bersama-sama Clare Rewcastle Brown .
Kita amat maklum bahawa DAP sering menggunakan bermacam-macam cara untuk menghina maruah orang Melayu, Raja-Raja Melayu dan negara sebelum ini. Oleh itu, tindakan Cassandra Hooi cuba memalukan Perdana Menteri Malaysia di Universiti Nottingham bukanlah sesuatu yang memeranjatkan.
Bahkan kita turut dimaklumkan bahawa beberapa siri untuk memalukan Datuk
Seri Najib akan dilakukan di beberapa buah universiti luar negara dalam
masa terdekat ini.
Kemungkinan besar, Australia akan menjadi sasaran
pelajar-pelajar luar negara yang dikatakan agen-agen DAP ini.
Persoalannya, apakah tindakan dari pihak kerajaan Malaysia terhadap agen
DAP yang belajar di luar negara ini atas kebiadapan melampau mereka?
Kini mereka ketandusan idea dalam negara kita memandangkan beberapa isu
yang DAP bangkitkan seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan
dermaRM2.6 bilion telah terjawab dan tidak ada sebarang salahlaku di
pihak Perdana Menteri kita.
Kita juga amat maklum bahawa dunia mengiktiraf dan menerima baik Datuk
Seri Najib Tun Razak berdasarkan sambutan Amerika Syarikat, Britain,
Arab Saudi dan negara-negara ASEAN baru-baru ini. Namun tindakan seorang
pelajar Malaysia dari kaum Cina melakukan tindakan yang berbentuk
penghinaan terhadap negara.
Cassandra perlu menerima hakikat bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak
adalah Perdana Menteri Malaysia yang telah dipilih secara demokratik dan
mengikut Perlembagaan. Oleh itu, tindakan beliau itu merupakan
pengkhianatan, sabotaj, tidak bertamadun dan juga satu kesalahan besar
terhadap negara.
Dengan itu, rakyat Malaysia mendesak Kementerian Dalam Negeri dan Peguam
Negara agar meneliti isu ini dengan teliti termasuk menarik balik
pasport beliau kerana beliau terbabit secara langsung memburukkan negara
ini di luar negara.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment