Friday, March 11, 2016
Biadap Dan Kurang Ajar..... Kartunis Zunar Anggap Rosmah Ancaman Seperti Militan IS?
Terlalu biadap bagi seorang pelukis yang cuba berkarya dalam sinikal melampaui batas atau keterlaluan.
Sebagai anak seni yang dianugerahkan oleh Tuhan bakat yang bukan mudah
diperoleh, para pelukis harus ada ketanggungjawaban dalam setiap
karyanya.
Kita amat kesal dan berasa sedikit marah apabila pelukis kartun yang
paling ‘berbahaya’ di Malaysia iaitu Zunar telah mempersembahkan hasil
lukisannya yang keterlaluan.
Dalam portal pro-pembangkang Malaysiakini telah memuatnaik karya Zunar
yang dipercayai mempersenda Isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri
Rosmah Mansor.
Kartun yang menggambarkan perbandingan antara Presiden Amerika Syarikat,
Barrack Obama sedang menerima ancaman militan IS dengan satu lagi
karektor yang bertajuk ‘O Derma’ dan sedang menerima ancaman isteri.
Adakah karektor lelaki dalam ruangan tajuk ‘O Derma’ itu merujuk kepada
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya dianggap ancaman?
Jika diamati dalam karya Zunar ini, adakah dia ingin menuduh bahawa Rosmah setaraf ancaman militan IS?
Perkara ini bukanlah boleh di buat bahan mainan dan untuk keseronokan melalui apa-apa medium.
Seharusnya pihak berwajib mengambil tindakan keras keatas Zunar yang
dipercayai cuba membawa persepsi tidak baik rakyat Malaysia terhadap
negara ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment