Friday, March 11, 2016

Penyelesaian Isu Politik Terengganu Akan Diumum…

Satu formula penyelesaian dalam isu usul tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Ahmad oleh bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang diterima oleh semua pihak akan diumumkan tidak lama lagi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah ada mekanisma penyelesaian itu.

Katanya  mekanisma itu akan diumumkan oleh Setiausaha Agung UMNO dan BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam masa terdekat.

Jawab soalan wartawan mengenai isu politik Terengganu dalam sidang akhbar selepas satu majlis di Kementerian dalam Negeri di Putrajaya Khamis ,Zahid yakin isu berkenaan dapat beres.

"Saya sedang berkomunikasi dengan Menteri Besar dan beberapa ADUN tapi saya yakin masalah di Terengganu dapat diatasi,”katanya.

Ahmad Said yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kijal telah buat kejutan mengemukakan usul tidak percaya pada Ahmad Razif pada sidang Dewan Undangan Negeri  Terengganu Selasa.Ia bagaimanapun ditolak oleh Speaker.

BN ada 17 kerusi dalam DUN Terengganu.PAS pula 14 dan PKR 1.

Perbezaan kerusi yang kecil ini membuatkan isu itu agak mencuri perhatian.

Ahmad Said bagaimanapun kata beliau tetap kekal sebagai ahli UMNO.

Sementara 16 ADUN BN Terengganu telah berikrar untuk pertahan kerajaan negeri BN.

Zahid menganggap isu itu sebagai perkara kecil yang tak perlu diperbesarkan.

"Janganlah kita sengaja membesarkan isu undi tak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu yang sebenarnya ibarat "ribut dalam cawan sahaja," katanya.

Mengenai tindakan terhadap  Ahmad Said,Timbalan Perdana Menteri kata hal itu  akan ditentukan oleh Lembaga Disiplin dan jawatankuasa pengurusan UMNO yang akan bermesyuarat tidak lama lagi.

Zahid yang dilantik untuk jalankan tugas Timbalan Presiden UMNO,  turut mengulas kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen.

"Saya telah meneliti kenyataan Hadi yang menyatakan bahawa gerakan yang dikepalai oleh Tun Dr Mahathir Mohamed dan pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri adalah sebagai kerja sia-sia dan tidak munasabah.

"Saya menghargai perakuan yang dibuatnya bahawa semua perlu menghormati kerajaan sedia ada dan jika mahu perubahan perlulah mengikut prosedur yang betul dan bukan sebaliknya.

“Saya hargai kenyataan Hadi Awang dan ucapan beliau di parlimen yang memperakukan bahawa mana-mana kerajaan yang sedia ada di peringkat persekutuan atau negeri harus dihormati dan hasrat untuk melakukan perubahan hendaklah dilakukan mengikut undang-undang yang termaktub termasuk memahami hasrat demokrasi iaitu melalui kaedah pilihanraya.

“Tentunya ini mempunyai hubungkait dengan apa yang berlaku apabila Deklarasi Rakyat yang disertai oleh beberapa pemimpin yang mengadakan pertemuan bagi menggegarkan institusi kepimpinan di peringkat persekutuan,” katanya.

Zahid turut memuji PAS yang mempamerkan sikap profesional dengan menghormati perlembagaan atau undang-undang tubuh negeri ketika usul undi tidak percaya cuba dibentangkan di Sidang DUN Terengganu.

“Ini merupakan manifestasi yang bukan berlandaskan kepada Tahalul Siasi tetapi atas pemafahaman dan keserasian mereka setakat ini bagi menghormati perlembagaan atau undang-undang tubuh negeri atau sebarang perundangan yang berkaitan di peringkat persekutuan atau negeri,” ujarnya.

Berhubung hasrat PAS hendak menubuhkan pakatan dengan parti atau NGO baru, Zahid menganggapnya sebagai satu amalan demokrasi dan atas dasar itu BN menghormati perbezaan pendapat atau pendirian tersebut.

Oleh itu katanya BN perlu bergerak lebih kuat dalam memastikan terus diterima rakyat.

“Namun kita harus mengetahui bahawa kebersamaan kita berlandaskan kepada kelainan parti politik dan pegangan ideologi politik. Maka hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang harmoni dan makmur harus tidak dirungkaikan kerana perbezaan-perbezaan di kalangan kita.

“Ia bergantung kepada bagaimana jentera yang bergerak untuk UMNO dan BN digerakkan semula dan kesatupaduan itu dikekalkan.

“Kita kena kerja tiga kali ganda lebih kuat. Kita kena kerja lebih bijak dari dulu," katanya. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment