Friday, March 11, 2016
Penasihat Petronas : Kerajaan Tamatkan Khidmat Tun M
PETALING JAYA : Kabinet bersetuju sebulat suara menamatkan pelantikan Tun
Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat Petroleum Nasional Berhad
(Petronas).
Pejabat perdana menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata kabinet
berpendapat demikian kerana Dr Mahathir tidak lagi mendukung kerajaan
sedia ada, beliau sewajarnya tidak lagi memegang sebarang jawatan yang
ada kaitan dengan kerajaan.
"Kabinet hari ini sudah membincangkan tindakan-tindakan bekas perdana
menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, khususnya dalam melancarkan Deklarasi
Rakyat bersama pemimpin pembangkang pada minggu lepas.
"Deklarasi tersebut bertujuan menjatuhkan kerajaan menerusi satu
tindakan yang bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan
negara," kata kenyataan itu.
Dr Mahathir dilantik sebagai penasihat Petronas susulan persaraannya sebagai perdana menteri pada 2003.
Beliau juga merupakan pengerusi Proton Holdings sejak Jun 2014.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment