Friday, March 11, 2016
DAP Gelabah Bebbb.....DAP Pertikai Kredibiliti PAS Tubuh Pakatan Baru
GEORGETOWN : DAP hari ini mempersoalkan sama ada PAS boleh jadi inklusif,
anti rasuah dan cekap dalam pentadbirannya selepas parti Islam itu
mengumumkan rancangan membentuk blok pembangkang kedua dengan sebuah
parti pelbagai kaum yang masih belum dinamakan.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, rancangan itu akan gagal jika
PAS tidak mampu menjadi inklusif dan menghormati parti lain.
“Itu hak mereka untuk bentuk gabungan tetapi apa yang penting ialah sama ada mereka boleh jadi inklusif atau tidak.
“Salah seorang pemimpin mereka, penyokong kuat Presiden PAS Datuk Seri
Abdul Hadi Awang, Khairuddin baru-baru ini berkata sempena sambutan Hari
Wanita, wanita patut duduk di rumah bagi mengelak keluarga berpecah,”
katanya kepada wartawan, hari ini.
Selasa lalu, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mohd
Khairuddin Aman Razali dilaporkan berkata, wanita patut menjalankan
fungsi mereka yang sebenar di rumah sebagai isteri dan ibu.
“Pandangan seperti ini, wanita tidak boleh jadi suri rumah yang baik
jika bekerja, tidak inklusif dan tidak menghormati wanita,” kata Lim
yang juga ketua menteri Pulau Pinang, selepas melancarkan pembukaan loji
pembuatan syarikat multinasional Jerman, Atotech, di Penang Science
Park.
Memetik laporan The Malaysian Insider, Lim mempersoalkan sama ada PAS
boleh menangani perkara penting seperti rasuah dan urus tadbir yang
baik.
“Kedua, pendirian mereka terhadap rasuah tidak cukup tegas, seperti
dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan skandal derma RM2.6
bilion. Bolehkah mereka tegas dalam memerangi rasuah?
“Ketiga, daripada aspek kecekapan, bolehkah mereka bawa perubahan dalam pentadbiran? Buat lebih baik daripada Barisan Nasional?
“Jika kita lihat bagaimana kerajaan Kelantan ditadbir, saya fikir ia
tidak akan dapat keyakinan rakyat. Seperti isu pembalakan, dan isu
perumahan untuk mangsa banjir, dengan ada antara mereka masih tinggal
dalam khemah.”
DAP dan PAS, sebelum ini sebahagian daripada Pakatan Rakyat, berpecah
selepas PAS bertegas mahu melaksanakan hukuman jenayah Islam, hudud.
Lim berkata rakyat juga boleh menghakimi pakatan pembangkang yang dicadangkan, dan Pakatan Harapan tidak perlu bimbang.
“Anda mungkin dapat sokongan tetapi bolehkah anda bawa perubahan? Jika
anda tidak inklusif, tidak tegas memerangi rasuah, tidak boleh mentadbir
kerajaan dengan cekap, tidak akan ada pergerakan menuju perubahan.
“Jadi, tidak ada maknanya,” kata Lim.
Semalam, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata parti itu akan membentuk satu pakatan pembangkang kedua.
Beliau berkata, blok baru itu akan melibatkan sebuah "parti pelbagai
kaum", tetapi tidak akan bekerjasama dengan Umno, dan satu memorandum
persefahaman mengenainya akan ditandatangani pada 16 Mac.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment