Friday, March 11, 2016
Yang Mana Sokong Mahathir, Apa Kata Semua Fikir Dan Baca Di Sebalik Percaturan Mahathir Matlamatnya Nak Anak Dia Jadi PM Malaysia Sebenarnya
Legasi Mahathir
Legasi Mahathir adalah mudah. Beliau akan serahkan kuasa kepada Pak Lah
pada November 2003. Mukhriz akan menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia
pada tahun seterusnya. Pada 2009, Mukhriz akan menjadi Ketua Pemuda
UMNO Malaysia. Pada 2013 pula, Mukhriz akan menjadi salah seorang
daripada Naib Presiden UMNO Malaysia. Dan pada tahun 2016 (yang kini
ditangguhkan kepada 2018) Mukhriz akan menjadi Timbalan Presiden UMNO
Malaysia. Menjelang tahun 2020, Mukhriz akan menjadi Presiden UMNO
Malaysia dan dalam gerak langkah yang sama akan menjadi Perdana Menteri
Malaysia yang baru.
Koridor Kuasa.
Raja Petra Kamarudin
Oxford dan Cambridge sedang menjalankan kursus jangka pendek tentang
pelbagai subjek. Antara kursus yang dijalankan adalah mengenai
personaliti seperti Henry VIII, Elizabeth I, Winston Churchill, Presiden
Kennedy dan sebagainya. Malangnya mereka tidak mempunyai sebarang
kursus mengenai Tun Dr. Mahathir ataupun Mahathirisma. Mungkin
Universiti Malaya boleh menganjurkan kursus ini.
Untuk memahami paradoks yang bernama Mahathir, anda hendaklah fokus
tentang apa yang beliau tidak ucapkan berbanding apa yang beliau
ucapkan. Ia mempunyai perbezaan kerana seseorang itu boleh banyak
bercakap tetapi sebenarnya kosong. Anwar Ibrahim adalah seorang yang
pakar tentang perkara ini.
Apabila berkenaan dengan Mahathir, apa yang beliau tidak ucapkan adalah
lebih penting daripada apa yang beliau ucapkan kerana terdapat terlalu
banyak maklumat yang tersirat . Saya faham yang perkara ini mungkin
terlalu keliru untuk diperkatakan tetapi ia tidak dapat dielakkan kerana
Mahathir sendiri adalah seorang yang keliru - ataupun beliau sengaja
berkelakukan sedemikian supaya kita tidak mengetahui apakah muslihat
beliau yang sebenarnya.
Sebagai contoh, Mahathir mungkin berkata untuk menyelamatkan negara,
kita perlu menyingkirkan Perdana Menteri Najib Tun Razak. Itu apa yang
Mahathir kata. Tetapi apa yang beliau tidak katakan adalah: apabila
Najib disingkirkan, siapakah yang akan menggantikannya? Walaupun telah
ditanyakan soalan tersebut kepada Mahathir, beliau tidak menyatakan
sebarang nama. Dia hanya jawab bahawa fokus utama adalah untuk
menyingkirkan Najib dan bukannya apa yang yang berlaku selepas itu.
Mengapa beliau tidak mencadangkan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin
Yassin ataupun Ahmad Zahid Hamidi. Ataupun mana-mana Naib Presiden yang
lain iaitu Hishamuddin ataupun Shaife Apdal?
Ini adalah kerana tiada satu pun nama di atas merupakan pilihan beliau.
Siapa yang Mahathir ada di dalam fikirannya adalah seseorang yang
langsung berlainan daripada empat individu tersebut. Dan untuk memahami
siapakah orangnya, kita perlu menyingkap semula Persidangan Agung UMNO
pada pertengahan tahun 2002 apabila Mahathir, dengan linangan air mata,
mengumumkan perletakan jawatan sebagai Presiden UMNO dan seterusnya
Perdana Menteri Malaysia.
Menurut Mahathir dengan ayatnya sendiri, selepas beliau mengumumkan
untuk meletakkan jawatan, beliau telah meluangkan masa selama 15 bulan
untuk berbicara dengan Tun Abdullah Ahmad Badaw sehinggalah beliau
benar-benar menyerahkan kuasa kepada Pak Lah pada 1 November 2003. Pada
asasnya, menurut Mahathir, ada bebarapa perkara yang Pak Lah patut
lakukan dan ada beberapa perkara yang beliau tidak patut lakukan apabila
menerima jawatan sebagai Perdana Menteri kelak.
Mahathir menyebut perkara tersebut adalah Jambatan Bengkok, laluan
keretapi berkembar dan sebagainya yang mana Pak Lah telah batalkan dan
kononnya telah menyebabkan Mahathir berang. Tetapi, bukan itu sahaja
yang menyebabkan Mahatir marah - semua itu tidak cukup untuk menyebabkan
Mahathir mula menyerang secara agresif.
Satu perkata yang benar-benar menyebabkan Mahathir marah - yang mana Pak
Lah telah mempersetujui untuk lakukan tetapi memungkiri - adalah
berkaitan dengan anaknya, Mukhriz. Mahathir telah meminta Pak Lah supaya
Mukhriz dinaikkan di dalam UMNO dan kurang daripada 10 tahun, Mukhriz
akan bersedia untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas Pak Lah.
Maka itu adalah tugas Pak Lah: memastikan bahawa Mukhriz akan naik. Dan
pada 1 November 2003, Mahathir menyerahkan negara ini kepada Pak Lah.
Tetapi Pak Lah mempunyai seorang menantu bernama Khairy Jamaluddin Abu
Bakar (yang mengahwini satu-satunya anak perempuan beliau, Nori pada
tahun 2001). Dan ini telah menjadi batu penghalang kepada 'Projek
Mukhriz' yang mana Pak Lah dan Mahathir telah persetujui.
Pak Lah sayang kepada Nori dan sanggup melakukan apa sahaja untuk Nori.
Nori pula mencintai kepada Khairy (termasuk sehingga mempunyai cawan
kopi yang mempunyai gambar Khairy) Dan Khairy pula mencintai kuasa
(termasuk mencintai diri sendiri). Maka, atas permintaan Nori, Pak Lah
telah melantik Khairy sebagai Ketua Setiausaha Sulitnya. Jawatan
tersebut telah membuatkan Khairy menjadi de facto Perdana Menteri.
Sampaikan Cawangan Khas menjadi tidak suka kepada Khairy. Kebiasaannya,
Pengarah Cawangan Khas akan mengadakan pertemuan pagi empat mata bersama
Perdana Menteri. Tetapi, dengan kehadiran Khairy, ia telah menjadi
pertemuan enam mana dan mesyuarat tidak akan dimulakan sehingga Khairy
tiba. (Sekiranya Khairy lambat, maka Pengarah Cawangan Khas terpaksa
menunggu)
Pengarah Cawangan Khas tidak suka kepada perkara ini dan membuat
keputusan untuk bersara dan tidak meminta untuk disambungkan kontrak.
Beliau memberitahu kepada rakan sejawatnya bahawa dia tidak mahu
berkhidmat kepada Khairy, de facto Perdana Menteri. Peristiwa yang
membuatkan benar-benar Pengarah Cawangan Khastekad untuk berhenti adalah
beliau membicarakan hal Khairy kepada Pak Lah, Pak Lah menjadi berang
dan meminta beliau supaya tidak memfitnah menantunya lagi.
Salah seorang kawan sekolah Pak Lah, seorang penulis, juga memaklumkan
kepada beliau bahwa Khairy adalah satu liabiliti dan pada akhirnya akan
mengakibatkan kejatuhan Pak Lah. Sahabat Pak Lah itu juga memberitahu
bahawa Mahathir cukup marah dengan Khairy dan sedang merancang untuk
membuang Pak Lah supaya Khairy turut jatuh juga.
Pak Lah memberitahu kawan sekolahnya yang Khairy ini merupakan seorang
yang sangat bijak dan mempunyai ramai kawan yang bijak.. Maka orang akan
berasa iri hati dengan Khairy, kata Abdullah. Khairy juga merupakan
aset kerana menurut Pak Lah, "Dia membantu menguruskan negara dan tanpa
dia dan kawan-kawannya di 'Tingkat Empat', saya akan hadapi banyak
masalah."
Ibrahim Ali (sekarang di dalam PERKASA) ada di dalam mesyuarat tersebut
dan membawa kisah ini kepada pengetahuan Mahathir. Dan ketika itu
jugalah, nasib Pak Lah sudah ditentukan. Pak lah kini sedang menunggu
masa sahaja untuk dijatuhkan. Pak Lah terlupa bahawa individu yang
sepatutnya beliau bawa naik adalah Mukhriz dan bukannya Khairy.
Ramai telah memberi amaran keapda Pak Lah bahawa Khairy akan menjadi
punca kejatuhannya. Ramai juga yang memberi amaran kepada Pak Lah yang
Mahathir akan jatuhkan Pak Lah terutamanya kerana Khairy. Ramai juga
yang memberi amaran kepada Pak Lah jika beliau mahu terus selamat,
beliau perlu fokus kepada Mukhriz dan bukannya Khairy. Tetapi Pak Lah
tidak mengendahkan amaran tersebut dan itu telah mengakibatkan karier
beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia terkubur.
Sejurus selepas Khairy mula bekerja untuk Pak Lah, beliau telah
memenangi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO. Jawatan yang pada mana Pak Lah
dan Mahathir sudah bersetuju untuk diserahkan kepada Mukhriz. Dengan
Khairy menjadi orang nombor dua Pemuda UMNO, ini bermakna laluan akan
menjadi agak sukar bagi Mukhriz menaiki tangga kepimpinan UMNO.
Kemudia, pada tahun 2008, Pak Lah telah memberikan Khairy sebuah kerusi
untuk dipertandingkan semasa PRU dan Khairy telahpun menang. Sekarang,
tidak ada cara lain melainkan Pak Lah perlu pergi dan Najib akan
menggantikan tempat beliau. Nasib dan masa depan Mukhriz bergantung
kepadanya.
Mahathir menjangkakan apabila Najib telah mengambil alih kuasa, Najib
akan membantu untuk mengekang pergerakan Khairy dan Mukhriz akan naik.
Tetapi, tidak lama selepas Najib menjadi Perdana Menteri pada tahun
2009, Khairy memenangi pula jawatan Ketua Pemuda UMNO mengalahkan
Mukhriz dan Khir Toyo.
Mahathir menyalahkan Najib akan hal ini dan sekiranya Najib mencampuri hal ini, maka sudah tentunya Mukhriz akan menang. 'Kegagalan' Najib sekali lagi
terbukti apabila Khairy dibenarkan untuk bertanding PRU pafa tahun 2013.
Khairy menang dan dijadikan Menteri Kabinet oleh Najib.
Sekali lagi pada tahun yang sama, Khairy telah bertanding Ketua Pemuda
UMNO dan menang. Najib tidak membuat apa-apa untuk memastikan Khairy
kalah. Peluang untuk Mukhriz menjadi Perdana Menteri kini kian menipis.
Legasi Mahathir adalah mudah. Beliau akan serahkan kuasa kepada Pak Lah
pada November 2003. Mukhriz akan mnjadi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia
pada tahun seterusnya. Pada 2009, Mukhriz akan menjadi Ketua Pemuda UMNO
Malaysia. Pada 2013 pula, Mukhriz akan menjadi salah seorang daripada
Naib Presiden UMNO Malaysia. Dan pada tahun 2016 (yang kini ditangguhkan
kepada 2018) Mukhriz akan menjadi Timbalan Presiden UMNO Malaysia.
Menjelang tahun 2020, Mukhriz akan menjadi Presiden UMNO Malaysia dan
dalam gerak langkah yang sama akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang
baru.
Itu adalah legasi Mahathir yang sebenar dan itulah Wawasan 2020 Mahathir
yang sebenar. Apabila Tun Musa Hitam menyatakan bahawa Wawasan 2020
Mahathir akan gagal, beliau merujuk kepada Mukhriz yang tidak akan
menjadi Perdana Menteri sebelum atau menjelang tahun 2020 seperti yang
dirancang Mahathir.
Apabila Khairy diberikan kerusi dan menang pada PRU dan kemudian
dilantik sebagai Menteri Kabinet - manakala Mukhriz cuma diberikan
jawatan Menteri Besar sebagai hadiah saguhati shaja - itu adalah sebab
mengapa Mahathir mengorak langkah untuk menjatuhkan Najib. Tidak lama
selepas itu, isu 1MDB yang dimainkan merupakan katalis untuk menjatuhkan
Najib.
Rancangan Mahathir untuk menjadikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri
sebelum atau menjelang tahun 2020 telah gagal. Untuk itu berlaku,
Mukhriz perlu menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO pada tahun 2004, Ketua
Pemuda UMNO pada tahun 2009, dan kemudian Naib Presiden UMNO pada tahun
2013, dan akhirnya sebagai Timbalan Presiden UMNO pada tahun 2016 (yang
kini ditangguhkan kepada tahun 2018).
Abdullah dan Najib tidak menjadikan perkara ini berlaku. Maka Abdullah
perlu pergi, sekarang tiba giliran Najib. Sekiranya Najib telah dibuang
pada tahun lepas seperti perancangan Najib, Perdana Menteri proksi
Mahathir mampu merealisasikan 'Projek Mukhriz'.
Tetapi, perkara tersebut telah menjadi agak mustahil dan Najib kelihatan
selamat. Mereka yang menentang Perdana Menteri telah dibuang, termasuk
Mukhriz. Maka Mahathir tidak mempunyai sebarang pilihan melainkan untuk
keluar daripada UMNO, memandangkan beliau sudahpun gagal untuk mencapai
apa yang beliau mahukan dari dalaman UMNO, dan sekarang beliau
menggunakan pembangkang untuk memberi tekanan kepada Najib.
Sekiranya Najib terasa terancam dengan Mahathir yang bekerjasama dengan
pembangkang, maka terdapat satu jalan keluar yang mudah. Iaitu Najib
perlu memastikan Mukhriz menjadi orang nombor 2 di dalam parti dan juga
kerajaan. Itu, walau bagaimanapun, tidak lagi mungkin kerana Najib
sudahpun membuat keputusan untuk berdepan dengan Mahathir sebagai ketua
pembangkang yang baru.
Legasi Mahathir sudahpun musnah. Sekarang ini cuma tinggal kemungkinan
yang sangat rendah untuk beliau melihat hari yang mana anaknya menjadi
Perdana Meteri, ataupun paling kurang menjadi orang nombor dua -
sekurang-kurangnya bukan dengan Najib masih berkuasa. Maka beliau akan
membuat cubaan terakhir sebelum beliau meninggal dunia untuk melihat
perkara ini terjadi. Mahathir sedang cuba untuk merealisasikan harapan
ini dengan bergabung dengan pembangkang dalam usaha untuk menjatuhkan
Najib dan menggantikannya dengan seorang Perdana Menteri proksi.
Adakah itu akan berlaku?Sama sama kita nantikan...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment