Wednesday, March 09, 2016

Dadah Punya Pasal... Selepas Nike, Porsche 'Gantung Kerjasama' Dengan Sharapova

Selepas pengeluar jenama gergasi sukan dunia, Nike mengumumkan untuk menggantung kontrak tajaan kepada bintang tenis Rusia, Maria Sharapova, Porsche yang juga pengeluar kereta mewah turut mengikut jejak langkah syarikat tersebut.

Menurut satu kenyataan, syarikat tersebut turut menangguhkan rancangan untuk menaja pemain tersebut.

"Sehingga maklumat lanjut didedahkan dan kami boleh menganalisis situasi dan memilih untuk menangguhkan aktiviti seperti dirancang," demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan Porsche.

Sebelum ini, Nike mengumumkan menggantung kerjasama dengan Sharapova  sepanjang siasatan dijalankan.

"Ia ada berita yang sedih dan mengejutkan. Kami mengambil keputusan untuk menggantung kerjasama dengan Sharapova sementara siasatan sedang dijalankan," kata Nike dalam satu kenyataan.

Malah, pemain berusia 28 tahun itu akan digantung daripada menyertai sebarang kejohanan oleh Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) berkuatkuasa 12 Mac ini.

Sementara itu, TAG Heuer, pembuat jam tangan mewah turut menarik balik sokongan terhadap bintang tenis tersebut.

"Maria Sharapova baharu sahaja tamat kontrak dengan TAG Heuer pada 31 Disember tahun lalu. "Kami pernah berbincang untuk melanjutkan kerjasama ini. Namun mengambil kira situasi semasa, kami menangguhkan dulu hasrat ini," kata syarikat tersebut.

Namun, syarikat kosmetik Avon masih belum membuat sebarang keputusan mengenai perkara itu.

Pada Selasa, Sharapova mengejutkan peminat tenis dunia selepas gagal ujian doping semasa kejuaraan Terbuka Australia baru-baru ini.

Dia disahkan positif dadah berikutan pengambilan terlarang yang digunakan sejak 10 tahun lepas atas sebab kesihatan.

Dadah yang dikenali sebagai meldonium tersebut baru sahaja ditambah dalam senarai bahan larangan Agensi Anti Doping Dunia (WADA).

Malah Sharapova juga memaklumkan bahawa dia juga tidak menyemak senarai bahan larangan sebelum meneruskan pengambilannya. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment