Monday, March 07, 2016

Dr Mahathir Nak Bakar Kelambu...???

Ini bukan cerita baru.Semua orang cukup maklum Tun Dr Mahathir Mohamad sudah simpul mati mahu Datuk Seri Najib Tun Razak letak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Begitu juga puak pembangkang.Sudah lama mereka mengidam mahu Najib dan Barisan Nasional runtuh agar mereka dapat masuk Putrajaya.

Apa yang baru cuma bekas Perdana Menteri itu sanggup duduk semeja bergabung tenaga dengan orang-orang kuat bekas musuh ketat politik ini untuk singkir Najib - konon untuk selamatkan Malaysia.

Siapa saja yang berada di Rumah Alumni Universiti Malaya dekat Kuala Lumpur petang Jumaat dimana berlangsungnya di majlis tandatangan deklarasi anti-Najib dipelopori oleh Dr Mahathir dapat mencium aroma politik yang menjalar.

Ia tidak dapat diselindung disebalik kata-kata Dr Mahathir mendakwa bahawa mereka yang berkumpul di situ adalah satu gerakan rakyat prihatin yang ketepikan segala perbezaan dan agenda politik untuk mencapai satu matlamat sama - singkir Najib.

Selain Dr Mahathir hadir sama di majlis itu ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan beberapa kerat bekas pemimpin UMNO.Ini termasuk Tan Sri Sanusi Junid.Juga ada di situ bekas Presiden MCA Tun Ling Liong Sik.

Namun yang ramai hadir ialah tokoh-tokoh besar pembangkang dari Pakatan Amanah.Antaranya otai DAP,Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali,Presiden Amanah Mat Sabu.

Juga ada Rafizi Ramli,Tan Sri Muhammad Muhd Taib,Tian Chua,Kamaruddin Jaafar dan lain-lain.

Sekalipun PAS secara rasmi tidak mahu sertai majlis itu,Pengarah Pilihanraya PAS Datuk Mustapha Ali dan Ahli Parlimen PAS Pokok Sena Mahfuz Omar hadir atas kapisiti peribadi.

Selain dari itu turut hadir aktivis pembangkang Datuk Ambiga dan Maria Chin Abdullah.

Berbanding dengan cuma segelintir dari pihak Dr Mahathir dan orangnya, majlis itu jelas ' dikuasai' oleh pembangkang.

Semuanya 58 orang tandatangan deklarasi berkenaan mengandongi dakwaan yang tidak lain tidak bukan mengenai 1MDB dan dana RM2.6 billion yang dibacakan oleh Dr Mahathir dalam majlis itu.

Isu ini khususnya dana RM2.6 billion dan SRC International agak reda selepas pengumuman Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali pada 26 Januari lalu bahawa tiada kes kesalahan dilakukan oleh Perdana Menteri.

Namun puak-puak yang kebelakangan ini menyerang Najib mengunakan isu itu terus memekak kitar semula dakwaan di sana sini.

Agak melucukan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disingkir oleh Dr Mahathir kerana kes liwat dan salahguna kuasa dulu turut bersuara dari penjara kata beliau menyokong usaha gerakan itu.

Tolak sebelah dulu apa cerita selanjutkan gerakan itu nanti untuk mencapai matlamat mereka,ramai pemerhati bingung percaya tak percaya melihat 'sandiwara' terbaru ini.

Ini kerana gabungan Dr Mahathir dan musuh ketatnya nampak cukup serba tidak kena.

Orang selalu kata dalam politik matlamat menghalalkan cara dan dalam politik juga tidak ada kawan dan musuh yang kekal.

Siapa yang melalui zaman reformasi 1998 dan hari-hari selepas itu cukup faham kalau ada yang merasa begitu.

Apa yang tokoh-tokoh pembangkang yang ada bersamanya di majlis itu dan penyokong mereka tidak kata dan sumpah seranah pada Dr Mahathir.Ini termasuk gelaran 'Mahafiraun' yang cukup popular dulu.

Sepanjang majlis itu bekas Perdana Menteri itu berulang kali cuba hendak menutup semua sejarah itu dengan mengunakan alasan mereka mereka di situ berdiri atas kapisiti rakyat yang mahu Najib segera letak jawatan.

Bunyinya macam mudah saja. Namun realitinya tidak semudah itu.

Tandatanya yang paling popular berlegar ialah apa selepas itu,jika takdir katakan mereka berjaya dalam matlamat nak tolak Najib.

Siapa yang nak sokong masa pilihanraya umum ke 14 nanti dan siapa yang hendak perintah.

Dr Mahathir sendiri tidak dapat memberikan hala tuju yang jelas.Baginya terserah pada rakyat untuk memilih.

Apakah orang DAP boleh diterima jadi Perdana Menteri kerana mereka memiliki jumlah Ahli Parlimen terbanyak dikalangan pembangkang?

Ketika soalan ini ditanya kepada beliau masa sidang akhbar,Dr Mahathir jawab jika rakyat memilih DAP... itu pilihan mereka.

Ibarat kata marahkan nyamuk...bakar kelambu.

Kata-kata itu dilihat macam beliau bukan saja berperang dengan Najib tetapi UMNO dan BN secara keseluruhan.

Sedangkan kata Dr Mahathir tanpa Najib beliau sedia kembali kepada UMNO.

Dalam dok kata majlis itu bebas dari segala ideoloji dan agenda politik, nawaitu puak pembangkang tidak dapat diselindung.

Misalnya, Ambiga yang bangun jawab soalan semasa sidang akhbar secara terbuka menuntut Anwar dibebaskan dari penjara jika gerakan itu berjaya.

Dr Mahathir ketika ditanya apakah beliau sedia sertai kempen untuk bebaskan Anwar dari penjara mengelak dan menjawab : 'Kita hanya tumpu untuk singkir Najib.'

Soalnya sekarang apakah bekas Perdana Menteri itu sanggup berkompromi dengan tuntutan seperti itu dalam meneruskan gerakan bersama mereka.

Bagi pembangkang undangan Dr Mahathir kepada mereka menyertai gerakannya bagai orang mengantuk disorong bantal.

Siapa yang tidak seronok tiba-tiba dapat ' nyawa' baru untuk hadapi pilihanraya umum ke 14 dalam tempoh dua tahun nanti.

Namun siapa boleh tolak kemungkinan mahu tidak mahu akan timbul pertelagahan dalam macam-macam pendirian politik ditengah jalan nanti.

Itupun jika Dr Mahathir masih Dr Mahathir yang dulu-dulu.

Apapun indikasinya cacamarba sudah jelas depan mata....

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment