Orang macam ini tak boleh dibiarkan lagi caranya.Selepas ini digantikan dengan PM lain sama jugak yang berlaku jika tidak mengikut kehendaknya. DESAK LETAK JAWATAN LAGI KAH?
Monday, March 07, 2016
Kerana Kuasa Dan Kroni....... Dr Mahathir Tidak Cerminkan Sikap Negarawan - Hishammuddin
Dulu bukan main lagi cakap pasal DEMOKRASI yang dipilih oleh rakyat
tetapi dengan keegoan dan Kebodohannya itu nak tunjuk hebatnya dia.Kita
tengok lah siapa yang dipihak yang benar.Sesuka saja nak suruh letak
jawatan dengan kata kata dia.Ini bukan lagi DEMOKRASI namanya.
Orang macam ini tak boleh dibiarkan lagi caranya.Selepas ini digantikan dengan PM lain sama jugak yang berlaku jika tidak mengikut kehendaknya. DESAK LETAK JAWATAN LAGI KAH?
KUALA LUMPUR : Tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
bekerjasama dengan pembangkang untuk menumbangkan Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak tidak langsung mencerminkan sifat-sifat seorang
negarawan yang menghormati sistem demokrasi, cintakan perpaduan dan
mementingkan kesejahteraan rakyat.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Dr
Mahathir serta beberapa pemimpin Umno yang lain seharusnya sedar
tindakan itu bukan sahaja memberi kesan kepada perdana menteri, tetapi
juga kepada parti, kerajaan dan negara.
"Di saat kita di saf kepimpinan sedang bertungkus-lumus memastikan
ekonomi dan keselamatan awam dijamin demi kesejahteraan rakyat, Dr
Mahathir, beberapa pemimpin UMNO dan pihak pembangkang terlalu rakus
dengan agenda menjatuhkan perdana menteri.
"Kestabilan yang selama ini menjadi tonggak kekuatan kita cuba dihakis
semata-mata untuk menjayakan agenda politik penuh kebencian," katanya
dalam kenyataan di sini hari ini.
Hishammuddin menggulas tindakan Dr Mahathir mengetuai kumpulan lebih 50
orang - termasuk Lim Kit Siang daripada DAP dan Menteri Besar Selangor
Datuk Mohamed Azmin Ali daripada PKR - dalam memeterai deklarasi
menyokong penyingkiran Najib sebagai perdana menteri.
Penandatangan lain termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri
Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun
Mahathir dan bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik.
Hishammuddin juga berkata beliau tidak faham bagaimana Dr Mahathir serta
beberapa pemimpin Umno yang terlibat boleh duduk semeja dengan pemimpin
PKR, PAS, DAP, Amanah serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) lain
semata-mata untuk menumbangkan perdana menteri.
"Lupakah mereka bahawa NGO-NGO inilah yang bermati-matian mahu
menjatuhkan kerajaan sebelum ini melalui beberapa siri demonstrasi
jalanan. Lupakah mereka bahawa pemimpin-pemimpin pembangkang inilah
suatu ketika dahulu yang menggelarkan Dr Mahathir sebagai Firaun,"
katanya.
Hishammuddin turut menyifatkan tindakan sebilangan pemimpin Umno itu
seolah-olah cuba mengambil alih peranan pembangkang untuk menumbangkan
kerajaan yang sah ketika ini.
"Mereka harus menghormati sistem demokrasi yang kita junjung. Tindakan
mereka hari ini jelas bertentangan dengan nilai dan prinsip perjuangan
yang mereka pegang selama ini.
"Saya harap anggota-anggota Umno faham bahawa Dr Mahathir sudah keluar
dari Umno dan kini mula bergabung dengan pembangkang, justeru
tindak-tanduknya sudah pasti tidak lagi mengambil kira kepentingan
Umno," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment