Wednesday, March 09, 2016
Inilah Yang Madey Tak Tahan Tengok Ni.... 80 Naib Ketua UMNO Tampil Zahir Sokong Najib
KUALA LUMPUR : Kelab Naib Ketua Umno Bahagian 1Malaysia melahirkan rasa
kesal dan kecewa terhadap tiga pemimpin utama parti itu yang mendokong
agenda pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak.
Pengerusinya Datuk Anuar Mohd Yunus berkata tindakan yang diketuai oleh
Tun Dr Mahathir Mohamed ini menimbulkan kekeliruan terhadap akar umbi
terutamanya rakyat bawahan.
"Rakyat di bawah pun tak faham mengapa ini boleh berlaku kepada Tun
Mahathir, ada pentas yang sesuai untuk dia bercakap sehingga beliau
keluar daripada Umno.
"Bukan sekali (tapi) dah dua tiga kali, jadi ini satu tindakan yang
menyusahkan rakyat dan buatkan rakyat di bawah ni pening kepala apa yang
Tun Mahathir nak?
"Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) tak sesuai suruh berhenti, ni
sekarang Datuk Najib tak sesuai (jadi PM), siapa yang tak sesuai dengan
Tun M disuruh berhenti," katanya dalam satu sidang media bersama 80
orang Naib Ketua Umno Bahagian.
Jumaat lalu, seramai 58 pemimpin dan aktivis menandatangani Deklarasi Rakyat, mendesak Najib meletakkan jawatan.
Selain Mahathir, anaknya Datuk Seri Mukhriz dan bekas Timbalan Perdana
Menteri Tan Seri Muhyiddin Yassin turut menandatangani deklarasi itu.
Tambah Anuar lagi, rata-rata ahli akar umbi Umno tidak boleh menerima
tindakan Mahathir, Mukhriz dan Muhyiddin bersekongkol dengan pembangkang
yang di dominasi parti DAP.
"Reaksi daripada akar umbi, ramai yang tak boleh terima apa yang berlaku
pada hari ini. Negarawan kita Tun Mahathir boleh bersengkongkol dengan
DAP yang mana satu ketika dulu dalam ucapan beliau.
"Setiap tahun ucapan dalam perhimpunan agung Umno DAP adalah parti yang
sering disebut oleh Tun Mahathir tapi hari ni kita tengok beliau boleh
bersengkongkol dengan DAP untuk menghalalkan cara," katanya.
Dalam sidang media tersebut Anuar menyerahkan memorandum sokongan yang
ditandatangani oleh 80 Naib Ketua Umno Bahagian terhadap Najib.
Memorandum itu diserahkan kepada Ketua Setiausaha Kerja Umno Azwan Aziz
yang mewakili Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment