Wednesday, March 09, 2016
PAS Tolak Cadangan Husam, Masih Perlukan Hadi Sebagai Presiden - Nasrudin
KUALA LUMPUR : PAS masih memerlukan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai
Presiden bagi memimpin parti itu, tegas Ketua Penerangannya, Nasrudin
Hasan.
Ahli Parlimen Temerloh itu berkata, cadangan bekas Naib Presiden PAS,
Datuk Husam Musa supaya Hadi digantikan oleh timbalannya, Datuk Tuan
Ibrahim Tuan Man bagi 'menyelamatkan' parti itu, tidak mempunyai
keperluan buat masa ini.
"Biarlah, kami dalam parti tidak ada masalah. Parti masih memerlukan Hadi sebagai Presiden PAS.
"Tidak ada keperluan untuk menukar beliau. Malah Tuan Ibrahim sendiri
sudah buat penegasan untuk beri sokongan padu kepada Hadi," katanya
kepada pemberita ketika ditemui di Dewan Rakyat, tengah hari tadi.
Terdahulu, Husam mencadangkan Tuan Ibrahim mengambil alih kepimpinan PAS
dalam usaha membawa parti itu ke pentas utama politik negara.
Memetik laporan sebuah portal, Husam yang juga ADUN Salor berkata, parti
itu kini hanya menjadi 'kuasa ketiga' dalam landskap politik negara.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment