Wednesday, March 09, 2016

Nik Abduh Tidak Akan Tandatangan 'Deklarasi Rakyat'...

Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata idak akan menandatangani 'Deklarasi Rakyat' dan parti PAS juga telah menyatakan pendirian tidak akan bersama dengan kumpulan pembangkang yang diketuai bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.

Sebaliknya, kata beliau PAS menuntut supaya Pilihanraya Umum (PRU) ke-14 diadakan lebih cepat dan menolak cara yang tidak demokratik untuk menukar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Ahli Parlimen Pasir Mas itu rakyat hanya merestui pilihan raya sebagai penyelesaian, bukannya menjatuhkan Najib dengan cara yang tidak demokratik.

"Kita mahu pilihan raya. kita tidak mahu jatuhkan PM dengan cara yang tidak demokratik.. Tetapi, kalau PM mahu letak jawatan, okeylah.

"Kalau kerajaan berani buatlah pilihan raya lebih cepat kerana itu yang rakyat mahukan," katanya.

Tambahnya lagi, rakyat secara umum mahukan kerajaan di ubah, namun kerana demokrasi, PAS mahukan pilihan raya.

"Kita tahu pihak kerajaan yakin mereka telah diberi mandat. Keadaan ini mengelirukan, pihak kerajaan kata ada mandat dan sebelah pihak mandat sudah tidak dilaksanakan lagi.

"Saranan kita adil, adakah pilihan raya lebih cepat, kerana rakyat berhak menuntutnya," katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment