Wednesday, March 09, 2016
Mengintai Sebalik Perasmian Sidang Parlimen... Tengku Razaleigh Tak Sokong Deklarasi Mahathir
Jangan hairan jika ramai yang teropong majlis perasmian sidang Parlimen
oleh Yang Dipertuan Agong pagi Isnin.Apa tidaknya majlis ini berselang
tiga hari selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mempelopori deklarasi untuk
singkir Perdana Menteri bersama puak pembangkang.
Di celah kemeriahan majlis di bangunan Parlimen tumpuan para jurugambar
dan wartawan sudah tentu pada kelibat bekas Timbalan Perdana Menteri Tan
Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah,Datuk Seri Shafie Apdal.
Muhyiddin hadir di majlis tandatangani deklarasi Jumaat lalu bersama bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Shafie tidak hadir tetapi nyatakan sokongan pada gerakan itu.
Seperti diduga Muhyiddin kelihatan lebih bersama Ahli Parlimen pembangkang semasa majlis perasmian sidang Parlimen.
Malah beliau berjalan bersama dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng
dan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali semasa berjalan masuk ke
Dewan rakyat selepas upacara perbarisan.
Shafie pula kelihatan mundar mandir dan bersembang dengan Muhyiddin semasa majlis itu.
Muhyiddin tidak dapat ditemui wartawan selepas habis majlis untuk mendapatkan sebarang komen dari beliau.
Sementara Shafie yang ditemui wartawan kata sekalipun beliau tidak hadir
majlis tandatangan deklarasi namun menyokong gerakan itu.
Ditanya apakah beliau akan hadir majlis puak penentang Perdana Menteri
yang akan dianjurkan oleh Datuk Zaid Ibrahim pada 27 Mac ini,beliau
berkata, " You will see me there."
Sementara itu turut menjadi buruan wartawan ialah Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.
Beliau tidak hadir majlis deklarasi itu.Namun namanya disebut oleh
pengacara sebagai salah seorang yang akan tandatangan di situ.
Pemimpin veteran UMNO itu jelas tidak mahu dikaitkan dengan gerakan yang dipelopori Dr Mahathir itu.
"Saya tidak hadir.Saya tidak sokong.Saya tidak tahu pun," katanya sambil tertawa.
Katanya beliau seorang Ahli Parlimen dan akan terus sebagai Ahli Parlimen.
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail juga tidak dapat ditemui wartawan selepas perasmian sidang Parlimen.
Beliau tidak hadir majlis deklarasi.Berbagai andaian timbul mengenainya.
Apa yang orang ingin tahu apakah beliau sokong tidak deklarasi itu.
Ada yang kata beliau dan anaknya Nurul Izzah tidak hadir kerana 'takut
malu' kerana permusuhan politik yang sengit keluarga itu dengan Dr
Mahathir kebelakangan ini.
Kemudian dalam sidang akhbar selepas mesyuarat pimpinan Pakatan di
bangunan Parlimen,....seperti dijangka ...Wan Azizah sudah spin dakwa
deklarasi itu sebagai satu pengakuan bekas Perdana Menteri UMNO/BN
rosakan institusi-institusi kerajaan.
Dakwanya suaminya ,Datuk seri Anwar Ibrahim menjadi mangsa kepada sistem yang tidak betul itu.
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu
kata PAS tidak jelas dengan gerakan yang dipelopori oleh Dr Mahathir.
Katanya PAS hanya setuju jika desakan Perdana Menteri letak jawatan
dibuat menerusi proses demokrasi yakni pilihanraya atau undi tidak
percayai di Parlimen.
Beliau juga menjelaskan Pengarah Pilihanraya PAS Datuk Mustapha Ali dan
Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang hadir tidak mewakili
parti.
Katanya pendirian PAS adalah jelas tidak menyertai deklarasi Dr Mahathir.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment